Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Janna Nick Percaya Hanya Allah Penentu Rezeki Anak, Walau Mampu Buat IVF - "Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka”

Asyraf Roslan
07/11/2024 15:25 MYT
Pelakon dan pengacara, Janna Nick akui rezeki untuk mempunyai zuriat adalah datang daripada Allah SWT.

Jelas Janna, mempunyai wang yang banyak dan mampu untuk membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) tidak menjamin baginya untuk mendapat zuriat.

“Ini memang kerja tuhan.

“Kalau ada duit 100,000 pun boleh buat IVF lima kali pun, kalau Allah kata tak jadi, maka tak jadi juga,” kata Janna.

ARTIKEL BERKAITAN: Dini Dituduh Lebih Hormon Wanita Punca Tak Dapat Anak, Janna Nick Anggap Komen Itu Kurang Ajar - “ Kami Dah Buat Macam-Macam”

ARTIKEL BERKAITAN: Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

ARTIKEL BERKAITAN: Sarimah Ibrahim Titip Pesanan Untuk Janna Nick, Anggap Perjalanan Nak Jadi Ibu Adalah Unik - “Saya Berumur 41 Tahun Ketika…”

ARTIKEL BERKAITAN: Terkesan Dengan Video Janna Nick, Aprena Manrose Minta Hormati Privasi Soal Zuriat - “Lapan Tahun Tahan Dengan Mulut Orang”


Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner,29, memberikan kenyataan tersebut semasa sesi siaran langsung di sosial medianya.

Pada masa sama, penonton yang menonton siaran langsung tersebut turut memberi kata-kata semangat buat Janna dan Dini.

Terdahulu, Pelakon yang popular dengan filem Kimci Untuk Awak meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ada individu menuduh suaminya mempunyai hormon wanita yang lebih sehingga menyebabkan Janna tidak boleh mengandung.

Sekadar info, Janna dan Dini telah selamat mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023.

#Anak #Janna Nick #IVF #Zuriat
;