Hiburan

“Jantung Berdebar, Nak Menangis” – Alif Satar Rai Birthday Ibu

gempak
Mya Amri
16/03/2020
08:13 MYT
Sponsor Banner
“Jantung Berdebar, Nak Menangis” – Alif Satar Rai Birthday Ibu
Penyanyi Alif Satar telah menyambut hari lahir ibunya, Hafiza Muhammed yang ke-60 semalam.
Sebagai anak, Alif juga tidak ketinggalan mencoretkan isi hatinya sebagai tanda sayang terhadap ibunya.
Alif berkongsi isi hatinya menerusi posting di akaun Instagram dan memuat naik foto bersama ibu tersayang.
“Mama dah berusia 60 tahun. Mak tulis kapsyen ni berkali-kali padam sebab tak tahu nak tulis apa, tulis sikit, jantung berdebar nak menangis.
“Apa yang saya boleh kata kan kepada wanita yang telah membawa saya ke dunia, mengajar dan mendoakan saya sehingga menjadi saya yang sekarang.
“Separuh usianya, saya telah bersama dengannya dan apa yang saya dapat sekarang adalah kerana doanya.
“I love you ma… Mama adalah orang pertama yang saya doa ketika solat, semoga Allah memakbulkan kesemua doa saya untuk mama. Happy birthday darling,” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut mendoakan kesejahteraan ibu Alif.
“Selamat hari lahir mama Alif… Semoga sentiasa di bawah lindungan-Nya,” tulis @massmk
“Happy birthday mummy. Love and miss you, semoga selalu sihat dan panjang umur. Stay ANGGUN,” komen @_alifamsyar
Dalam perkembangan lain, Alif tercalon dalam Anugerah MeleTOP ERA (AME2020) bagi dua kategori iaitu Couple MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live