Viral
"Jantung Laju, Malam Susah Tidur" - Betty Paranoid Dalgona Coffee
Pelakon Betty Rahmad akui sudah paranoid dengan minuman viral sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dalgona Coffee.
Minuman itu kata Betty telah membuatkan di hiper dan mencetuskan pelbagai kesan sampingan lain termasuklh sukar untuk tidur.
"Terpengaruh dengan socmed punya pasal haritu terjebak dengan Dalgona Coffee.
"Siapa yang belum try dan tak biasa dengan coffee please read this.
"Nak share experience saya haritu lepas minum air viral ni, mula-mula hyper lepas tu jantung laju.
"Bila jantung dah laju macam-macam benda negatif dalam kepala dengan situasi dunia sekarang.
"Pastu malam susah nak tidur, paranoid sampai rasa ada anxiety. But i thought i was overthinking until i read this," tulis Betty.
Dalam lampiran yang disertakan sekali dalam postingnya, perkongsian itu menyatakan Dalgona Coffee membuatkan seseorang berdepan beberapa kesan sampingan.
Antaranya sesak nafas, kaki pucat kuning dan tekanan darah tinggi.
Situasi hampir sama yang berlaku kepada Betty itu menyebabkan dia insaf dan tidak akan mencuba minuman itu lagi.
"Haiyaaaa sampai harini badan rasa banyak angin! So now saya tahu punca dia adalah Dalgona Coffee No more!!! Ada tak yang rasa macam saya? #sayainsaf #nomoredalgonacoffee," tambahnya.
Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Betty agar kembali stabil dan menasihatinya agar lebih berhati-hati selepas ini.