"Jantung Laju, Sesak Nafas, Kaki Sejuk" - Linda Onn Alami Serangan Panik Kerana Dikuarantin

Amri Hassan
April 2, 2020 05:46 MYT
Pengacara dan penyampai radio, Linda Onn mendedahkan dia mengalami serangan panik (panic disorder) sejak hari kelapan dikuarantin.
Jelas Linda, antara simptom yang dialaminya seperti jantung berdegup laju, sesak nafas dan hilang kawalan.
"Kalau perasan, sejak hari pertama hingga ketujuh, setiap hari Linda upload aktiviti Linda kuarantin di rumah. Niat hati nak update setiap hari.
"Tapi hari kelapan hingga ke-13 Linda tak update apa-apa. Sebab Linda kena Panic Disorder (lebih intense dari anxiety).
"Jantung berdegup laju, tangan dan kaki sejuk berpeluh, sesak nafas, perut bergelodak, mabuk, takut, nervous dan hilang kawalan. Akhirnya dada Linda sakit sangat.
"Jadi, Linda pergi jumpa psychiatrist dan terangkan satu persatu. Semua yang Linda terangkan ada dalam buku 'panic disorder' doktor tu. Doktor kata semua itu simptom panic disorder," kata Linda.
Situasi tu berlaku pada hari kelapan dikuarantin di rumah selepas pulang dari Singapura.
"Rasanya Linda kena panic attack sebab disuruh kuarantin lepas balik Singapura.
"Kemudian tiba-tiba selesema (waktu ni dah fikir bukan-bukan).
"Bila dah mula panik mulalah kita rasa kita sakit itu sakit ini. Lepas itu, ada orang suggest itu, suggest ini.
"WhatsApp yang masuk semua cerita pasal ni. Nak keluar rumah tak boleh. Nak cerita kat Zara, dia tak faham lagi.
"Fikiran pun jadi celaru. Nak nak musim Covid-19 ni. Semua sebab-sebab itu buat Linda fikir terlalu banyak, jadi risau gelisah.
"Hanya tenang sewaktu solat dan baca Quran je," tambahnya.
Sehubungan itu, Linda mengambil pendekatan untuk tidak mengambil tahu akan hal yang boleh mencetuskan lagi rasa panik.
"Sejak dari tu, Linda tak dengar atau tengok satu berita pun. Linda taknak amik tahu.
"Jadi tiada Facebook, Instagram, berita, WhatsApp dan televisyen.
"Tapi still...kena panic attack! Dan panic attack ni boleh serang bila-bila masa je tak payah ada benda trigger," ujarnya.
Bagaimanapun, sejak kelmarin dia mula lega dan kembali bersiaran di Kool FM.
"Setelah seminggu Linda bergelut dengan panic disorder, barulah Linda dapat bernafas sikit.
"Mungkin fikiran dah lebih positif. Tapi dada masih sakit sebab jantung kerja keras waktu kejadian.
"Dan hari ni juga hari pertama Linda kembali ke udara di radio. So, otak ni dah divert ke kerja, tak fikir sangat pasal perkara bukan-bukan.
"Dan sejak malam tadi Linda dengar YouTube, belajar teknik bernafas dan cara nak tenangkan diri.
"Insha-Allah, lepas ni Linda akan kuatkan pemikiran," kata Linda lagi.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
#Linda Onn #Panic Disorder #Kuarantin