Berita

”Jantung Ni Macam Dah Jatuh Ke Lutut Bila Tahu...”- Amyra Rosli Cerita Detik Cemas Lahirkan Anak Kedua

gempak
Syafiqah Jalal
10/02/2020
05:12 MYT
Sponsor Banner
”Jantung Ni Macam Dah Jatuh Ke Lutut Bila Tahu...”- Amyra Rosli Cerita Detik Cemas Lahirkan Anak Kedua
Pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin selamat menimang cahaya mata kedua pada 1 Februari lalu.
Namun disebalik kelahiran anak perempuannya Ayra Aryssa itu Amyra mendedahkan dia melalui detik cemas apabila bayi berada di dalam keadaan songsang di saat akhir hendak melahirkannya.
Amyra tidak dapat bayangkan perasaannya apabila doktor memberitahu dia terpaksa bersalin secara pembedahan.
”Sebenarnya cantik dah mommy daddy set date nak keluarkan Ayra Aryssa pada 2 Februari 2020 tapi tidak kesampaian.
“Cerita dia macam ini, doktor beritahu bayi songsang. Tapi dia cakap jangan bimbang kerana kita boleh tunggu lagi mungkin bayi akan pusing di saat-saat akhir nak bersalin.
“Mommy masih tersenyum keluar dari bilik doktor konon-konon ada peluang lah bersalin normal lagi sekali.
“Bila balik rumah tunggu lagi dua minggu nak lahirkan baby, macam-macam lah usahanya, pergi exercise la, cari doa itu ini, amalkan petua-petua bagi baby pusing dan tengok YouTube sampai lebam tapi sampai masa pergi pemeriksaab masih tak pusing..
“Doktor pun dengan senyum kelatnya terpaksa cakap kita kena proceed dengan pembedahan. kalau doctor pun dah senyum kelat, saya ni apa lagi?? Jantung ni macam dah jatuh kat lutut bila tau perut nak kena potong.
“Tapi yang senyum riang girang gembira masa itu daddy lah sebab nak tarikh cantik untuk baby keluar (02022020),” tulisnya.
Amyra berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Amyra berkongsi foto di dalam dewa bersalin saat bayinya baru sahaja dilahirkan bersama doktor dan suami. Menceritakan detik kelahiran anaknya itu, Amyra terpaksa akur apabila apa yang dirancang tidak sama seperti yang terjadi.
Bagaimanapun, Amyra bersyukur kerana anaknya selamat dilahirkan dengan baik dan sihat.
“Pada 31 Januari 2020, mommy dan daddy saat akhir jalan-jalan cari baju baby. Kemudian esoknya rancang hendak manjakan diri dan nampak cantik bila masuk bilik bersalin.
“Tapi semua tak dapat dilakukan sebab baby emergency nak keluar.
“Dalam jam 4 pagi, sakit manja-manja datang dan saya buat tak tahu dahulu. jam 6 pagi kontraksi sudah mula kuat dan dua jam lepas itu terasa sakit sangat! Jadi terus ke hospital dan dalam dewan bersalin pun sudah tak tahan sakitnya.
“Rupanya bukaan sudah 8sm (sentimeter) . Masa tu senyum pun dah tak mahu.
“Semua bergegas bawa saya ke bilik pembedahan dan dalam sekelip mata Aryssa pun keluar pada jam 10.48 pagi pada 1 Februari.
“Tapi macam mana cara anak kita lahir sekalipun tak kisah la mesti ada hikmah,” ceritanya lagi.
Amar menikahi Amyra pada 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Aqeef Anaqi yang kini berusia dua tahun tiga bulan.
Cantik dah mommy daddy set date nak keluarkan @ayraaryssa on 02/02/2020.. tapi................ . . Cerita dia mcm ni, Doctor @_s__e__r__i_ bgtau baby songsang. But she said no worries kita boleh tunggu lagi mungkin baby akan pusing di saat2 akhir nak bersalin.. kita jgn fikir normal or caesar yet.. mommy masih tersenyum keluar dr bilik doctor konon2 ada chance la deliver normal lg sekali ?? . . Bila balik rumah tunggu lagi 2 minggu nak lahirkan baby, mcm2 lah usahanya, pegi exercise la, cari doa itu ini, amalkan petua2 bg baby pusing, tgk you tube sampai lebam and sampai masa pegi check up masih x pusing.. doctor pun dgn senyum kelatnya terpaksa ckp kita kena proceed caesar. kalau doctor pun dah senyum kelat, i ni apa lagi?? Jantung ni mcm dah jatuh kat lutut bila tau perut nk kena potong. Tp yg senyum riang girang gembira sukahati is daddy lah sbb date cantik dia pilih utk baby keluar (02022020). . . On the 31st january, mommy daddy last minute jalan2 cari baju2 baby (nasib baik sempat!) pastu esoknya 01022020 plan nk buat mani pedi, nk kemas2 n cantik2 sikit la kan mcm kawan2 yg lain masuk OT. Tp semua x dpt sbb baby emergency nk kluar.. pukul 4 pagi mcm sakit2 manja dtg, i is buat dunno je lerrrr kampung people, pkl 6 pagi contraction dah mula kuat sikit, pukul 8 am SAKIT GILA!!! Terus shoot pegi hospital, dlm labour sakitnya ya ampun!.. rupanya dah bukak 8cm uolsssss!!!! Muka i dah mcm king kong. Senyum pun xnak dah kt doctor (sorry doctor ?) Even jln tu dah bukak 8 cm mommy redha je la x blh nk keluarkan normal, semua bergegas bawak mommy dlm OT.. Dlm sekelip mata keluarlah aryssa pukul 10:48am pada 01022020 dan muka daddy happy campur redha x dpt date cantik tu ? . . Tp mcm mana cara anak kita lahir sekalipun x kisah la mesti ada hikmah ? Tq daddy syg @amarbaharin, doctor @_s__e__r__i_ , kak @nengshahidah_linda , family, @fyzafeeza n semua yg terlibat menjayakan telenovela ini ??
A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live