Jarak Usia 34 Tahun Tak Halang David Foster Bertunang Dengan Katharine McPhee

Amri Hassan
Julai 5, 2018 09:01 MYT
Penerbit dan komposer terkenal antarabangsa, David Foster telah melamar pelakon yang juga naib juara America Idol, Katharine McPhee pada 3 Julai lalu.
Perbezaan usia sebanyak 34 tahun ini tidak menghalang mereka untuk meneruskan hubungan.
Lamaran tersebut telah diadakan ketika mereka bercuti di pergunungan Anacapri yang terletak di Pulau Capri, Itali.
"Dia (Foster) telah melakukannya. Benar-benar gelap saat itu, hanya bintang-bintang," tulis Katharine.
Katharine juga telah memuat naik status dan foto emoji sebentuk cincin di Twitter miliknya.
Hubungan percintaan antara David Foster dan Katharine McPhee bermula sejak September 2017.
Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: People.com
#Tunang #David Foster #Katharine McPhee