"Jarang-Jarang Kelahiran Normal Tarikh Sama.. Pandai Timing" - Netizen Kagum Ajak Shiro Hebat 'Rancang' Anak, Rai Birthday Serentak

ZULHILMI JALIL
Mac 26, 2020 07:17 MYT
Pelawak dan pengacara Ajak Shiro meraikan ulang tahun kelahiran tiga cahaya matanya serentak yang disambut semalam.
Apa yang menariknya, ketiga-tiga cahaya matanya itu mempunyai tarikh lahir yang sama iaitu pada 25 Mac.
Ajak menerusi satu entri video yang dimuat naik malam tadi meluahkan rasa syukur apabila diberikan rezeki dan peluang untuk meraikan hari istimewa buat anak-anaknya pada hari yang sama.
"Besar jadi orang berguna ye Nak. Baba dan ibu rasa bertuah sangat bila Allah berikan rezeki sambut hari lahir anak-anak pada tarikh yg sama.
Jad Thaqif 25/03/10
Had Thaqif 25/03/13
Nada Soffea 25/03/15
"Tahun lepas rezeki kita dapat sambut di Makkah. Tahun ni di rumah. Apapun, Alhamdullilah. Semoga kita semua dilindungi-Nya," kongsinya yang turut berkongsi video dirinya membuat kek sendiri buat anak-anaknya.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dengan 'kehebatan' Ajak merancang kelahiran anak.
Rata-rata menyifatkan ia satu kejadian yang agak sukar untuk mendapatkan tarikh kelahiran yang sama dengan semua anak.
"Wah, seronoknya, rezeki baba dan ibu. Lahir operation eh? Jarang-jarang kelahiran nornal tarikh sama. Bertiga pulak, Alhamdulillah. Semoga Had, Jad & Nada menjadi anak yang soleh dan solehah, penyejuk mata dan hati, Happy Birthday.
"Pandai rancang tarikh sama.
"Macam mana abang boleh setting tarikh yang sama?", tulis sebahagian komen netizen.
Bagaimanapun, kata Ajak, anak-anaknya itu lahir kebetulan pada tarikh sama dan isterinya bersalin secara normal.
"Alhamdulillah, tiga-tiga normal. Tak ikut tingkap kata mak kita," jawab Ajak di ruangan komen.
Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah pada 6 Jun 2009.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang berusia lima hingga 10 tahun.
Apapun, jangan lupa saksikan program dan drama lakonan Ajak Shiro di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
#Pelawak #Ajak Shiro #Birthday