Laman Utama
Jarang Kongsi Gambar Bersama Suami, Netizen Lupa Wany Harista Dah Bergelar Isteri; “Lupa Wany Dah Kahwin…”
Baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrtita memuat naik beberapa foto dirinya dan suami Al-Adib Fahmi keluar ‘berdating’ telah mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi hantaran di Instagram, Wany berkongsi beberapa momen mesra dia dan suami keluar bersama sambil mengayakan padanan kasut bewarna putih yang difahamkan koleksi terbaharu jenama tempatan.
Dalam pada itu, Wany dilihat manis mengenakan pakaian jenis kemeja labuh bewarna coklat sementara suaminya lebih simple dan kemas dengan pakaian bewarna hitam.
Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang di lihat jealous menyaksikan kemesraan pasangan yang baharu sahaja mendirikan rumah tangga pada Julai lalu itu.
Namun tidak kurang juga segelintir wargamaya yang seakan terlupa bahawa kedua-dua mereka sudahpun mendirikan rumah tangga.
@_anjeny_: “Kadang-kadang lupa Wany dah kahwin”, tulisnya sambil meninggalkan emoji tergelak.
@syazwan_r7: “Lupa dah kahwin, ingatkan tangan siapa tadi, semoga Allah merahmati hubungan kalian”, komen seorang lagi wargamaya.
Untuk info, Wany dan Al-Adib Fahmi telah mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 di sebuah premis acara yang terletak di Damansara Perdana, Kuala Lumpur.