Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jarang Makan ‘Dessert’, Azizulhasni Awang Terpaksa Jamah Sebab Sambut Hari Lahir Isteri - “Saya Juga Dah Retired, So...”

Khairil Khusyairi
09/10/2024 07:25 MYT
Legenda berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berkongsi tidak akan menjamah pencuci mulut atau manisan sepanjang 20 tahun bergelar atlet.

Bukan Peminat Dessert

Kongsi Azizulhasni, dia terpaksa menjamah juga pencuci mulut ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran isterinya baru-baru ini.

“Sememangnya saya bukan peminat dessert tapi hari ini tidak mengapa sebab hari jadi isteri saya. Saya rasa tak mungkin akan habiskan kek ini mungkin satu dua suap saja.

“Selalunya saya takkan sentuh lah, memandangkan hari jadi isteri saya jadi saya perlu santai dan nikmati saja momen ini.

“Saya juga dah retired, so let’s enjoy,” kongsi Azizulhasni menerusi sebuah video bersama isteri tercinta.

Risau Kira Kalori

Tambah Azizulhasni, dia juga terpaksa memantau pengambilan kalori sekiranya menjamah pencuci mulut.

“Selepas lebih 20 tahun bergelar atlet, peralihan kepada kehidupan 'biasa' terasa seperti melayari era baharu.

“Setiap kali saya melihat pencuci mulut, sama ada kek atau sesuatu yang manis, ia seolah-olah loceng penggera mula berbunyi di kepala saya, memberi amaran kepada saya untuk memantau pengambilan kalori saya,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Azizulhasni memberikan bayangan awal mengenai titik noktah kariernya selaku atlet apabila membuat keputusan untuk tidak beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA 2028).

#makan #Azizulhasni Awang #Pemakanan #Kalori #Pelumba Basikal #Dessert
;