Hiburan

“Jarang Post Macam Ni, Takut Orang Meluat But…” – Hisyam Hamid Cium Pipi Isteri

gempak
Mya Amri
28/02/2019
23:00 MYT
Sponsor Banner
“Jarang Post Macam Ni, Takut Orang Meluat But…” – Hisyam Hamid Cium Pipi Isteri
Pelakon, Hisyam Hamid mempunyai sebab jarang memuat naik foto mesra bersama isterinya, Rosmawati Hanafi.
Bagaimanapun kata Hisyam, foto terbaru yang dikongsi olehnya itu adalah terkecuali kerana ia merupakan posting istimewa sempena hari lahir isteri tercintanya.
Foto tersebut merakamkan Hisyam mencium pipi isterinya dengan berlatar belakangkan Eiffel Tower sewaktu bercuti di Perancis sebelum ini.
“Jarang post gambar macam ni, takut orang meluat ke menyampah. But since it’s HER DAY, it’s an exception.
“Happiest birthday to the queen of my heart! Semoga you dikurniakan dengan kesihatan, dipenuhkan dengan kebahagian dalam hidup dan sentiasa menjadi seorang anak, isteri & ibu yang pengasih lagi penyayang, InShaAllah Aamin. Love you b,” tulisnya
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan hari lahir selain mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
“29hb dua tahun sekali, selamat ulang tahun semoga Allah memberi seribu rahmat buat mu Mel @hisyamhamid7 your soooo sweet. Kebahagiaan rumah tangga datangnya dari kefahaman. Happy for both of you,” komen @asrinathasyairwani
“Dont worry, kami tak akan meluat. Kami meluat kalau couple yang belum kawen buat mcm ni. Happy birthday to your Lady!” ulas @luv_ieyna
“Happy birthday kak @melrosehanafi Semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik. So sweet both of you,” ucap @wana_azri
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 September 2006 dan dikurniakan dua orang anak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024