Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Jared Leto ‘Dipecat’ Sebagai Joker Dalam Filem Suicide Squad 2

Azwa Rahman
17/09/2019 09:46 MYT
Pelakon dan penyanyi Jared Leto telah digugurkan daripada senarai pelakon filem sekuel Suicide Squad.

Menerusi laman sosial Twitter, pengarah filem Suicide Squad 2, James Gunn telah mendedahkan barisan pelakon yang akan terlibat dalam pembikinan filem tersebut.

Apa yang mengecewakan warga Twitter adalah ketiadaan nama Leto yang sebelum ini membawakan watak Joker dalam filem pertama.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ramai peminat yang tertanya-tanya dimanakah nama Leto dan jika benar vokalis 30 Seconds to Mars itu telah dikeluarkan, mereka tidak sabar menantikan nama yang akan menggalas watak Joker.

Biarpun ada yang bersedih, ramai yang turut teruja melihat pertambahan pelakon baru seperti John Cena, Taika Waititi dan Idris Elba yang akan menghangatkan kembali filem kedua ini.

Selain John Cena, Idris Elba dan Taika Waititi, antara nama-nama yang tersenarai sebagai pelakon adalah Viola Davis, Margot Robbie, Jai Courtney dan ramai lagi.

Terdahulu, Leto pernah menyuarakan kekecewaannya apabila babak panggung Suicide Squad banyak dipotong sehingga membuatkan peranannya kurang menonjol berbanding watak-watak lain.

Filem Suicide Squad 2 akan berada di pawagam 6 Ogos 2021.
#Hollywood #Filem #Hollywood #Filem #Joker