Jari Ajaib & Bunyi Piano Memukau, Penonton Meremang! Terpaku Dengan Maksim, Emosi & Persembahan Superb!
Mya Amri
21/02/2023 09:34 MYT
21/02/2023 09:34 MYT
Kehadiran pemain piano terkenal dunia, Maksim Mrvica ke Malaysia selepas 19 tahun ternyata benar-benar mengubat kerinduan para peminatnya.
Hadir untuk melakukan persembahan solonya untuk siri Jelajah Asianya berjudul Maksim The Collection pada 14 Februari lalu telah menjadikan malam Valentine lebih istimewa.
Maksim muncul dengan persembahan dinamik dengan menampillan pertunjukan cahaya (lighthing) mengikut gabungan rentak alunan piano yang dimainkannya.
Membuka tirai dengan Exodus dan kemudiannya diikuti dengan Clocks, ternyata penonton terpaku sejak dari awal lagu-lagu tersebut dimainkan.
Dengan berlatar belakang visual dirinya sedang asyik bermain piano di paparan skrin besar, penonton juga tidak habis-habis memuji kehebatan Maksim.
Tidak hanya bermain dengan sepenuh hati, malah Maksim juga kerap menutup mata seolah-olah telah bersatu dengan pianonya dan menzahirkan rasa cinta dalam setiap alunan melodi yang dimainkannya.
Masa yang ditunggu peminat akhirnya tiba apabila Maksim menyampaikan lagu ikoniknya berjudul The Flight of The Bumblebee untuk segmen terakhir.
Kata Maksim lagu inilah yang berjaya membuatkan dirinya berada di tempatnya sekarang dan terkenal sejak dua dekad lalu.
Sebaik sahaja jarinya menyentuh papan nada piano, penonton mula menarik nafas dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada Maksim.
Sebaik sahaja alunan nada berbunyi, ternyata penonton tidak dapat mengalihkan pandangan daripada melihat kelajuan ‘jari ajaib’ Maksim memainkan lagu tersebut. Memang superb!
Maka tidak hairanlah Maksim digelar sebagai antara pemain piano terhebat dunia.
Dalam pada itu, Maksim juga memberikan kejutan kepada peminat. Sebaik selesai persembahan, pemain piano berusia 47 tahun ini memberikan tunduk hormat dan berjalan ke belakang pentas sebagai tanda tamat persembahan.
Bagaimanapun Maksim kemudiannya muncul kembali dan menerima sorakan penonton sebelum mempersembahkan lagu terakhir iaitu tema filem “The Pirates of the Caribbean”.
Berikut merupakan senarai lagu yang dimainkan Maksim:
1.EXODUS
2.CLOCKS
3.IN THE HALL OF THE MOUNTAIN KING
4.BOHEMIAN RHAPSODY
5.GYMNOPEDIE
6.CHOPIN / BALLADE IN G MINOR, OP 23
7.NOSTRADAMUS
8.NUTCRACKER FANTASY
9.REMEMBER ME
10.CROATIAN RHAPSODY
11.GAME OF THRONES
12.THE FLIGHT OF THE BUMBLEBEE
13.MISSION IMPOSSIBLE
14.THE PIRATES OF THE CARRIBEAN (ENCORE)
2.CLOCKS
3.IN THE HALL OF THE MOUNTAIN KING
4.BOHEMIAN RHAPSODY
5.GYMNOPEDIE
6.CHOPIN / BALLADE IN G MINOR, OP 23
7.NOSTRADAMUS
8.NUTCRACKER FANTASY
9.REMEMBER ME
10.CROATIAN RHAPSODY
11.GAME OF THRONES
12.THE FLIGHT OF THE BUMBLEBEE
13.MISSION IMPOSSIBLE
14.THE PIRATES OF THE CARRIBEAN (ENCORE)
Apa pun konsert Maksim The Collection Asia Tour yang dibawakan oleh Harmonie International ini berlangsung sukses dengan kehadiran 2,500 penonton.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.