"Jari Anak Tersepit Pintu Sampai Kena 40 Jahitan" - Ashraf Muslim Terkilan Gagal Pikul Tugas Ketua Keluarga Ketika COVID-19
Amri Hassan
08/06/2020 23:45 MYT
08/06/2020 23:45 MYT
Bintang filem Ada Apa Dengan Dosa, Ashraf Muslim akui terkilan dan sedih apabila gagal melaksanakan tugasnya sebagai ketua keluarga sepanjang dirawat sebagai pesakit COVID-19 April lalu.
Kongsi Ashraf, kemalangan yang berlaku kepada salah seorang anaknya ketika dia dikuarantin di hospital benar-benar mencemaskan.
"Saya akan risau apabila ada antara ahli keluarga saya sakit ketika mana saya sedang dikuarantin di hospital kerana COVID-19.
"Misalnya salah seorang anak saya terpaksa menerima 40 jahitan mikro di jarinya akibat tersepit pintu dan insiden itu berlaku ketika saya dalam wad.
"Agak takut sebenarnya apabila saya dalam keadaan sedemikian dan tak boleh menjalankan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga.
"Memang ketika itu ada rasa terkilan dan sedih," katanya kepada Gempak.
Jelas Ashraf, pengalaman sebagai pesakit COVID-19 benar-benar membuka matanya dan belajar banyak perkara tentang kehidupan.
"Saya berada di luar negara selama sebulan sebelum pulang ke Malaysia dan menjalani kuarantin selama dua minggu.
"Kemudian saya dimasukkan ke hospital kerana positif COVID-19 selama 25 hari dan meneruskan kuarantin sendiri pula.
"Bayangkan lebih 2 bulan saya tak bertemu dengan keluarga dan memang sangat sedih sampaikan menangis sebab rindu.
"Sepanjang tempoh itu saya melalui satu perjalanan baharu bahawa bukan COVID-19 yang perlu kita takutkan tetapi amalan dan iman kita kepada Allah.
"Ini dugaan Allah supaya kita sedar sejauh mana kita dengan-Nya," tambahnya.
Selepas pulih dari COVID-19, Ashraf kini kembali aktif mempromosikan filem lakonannya Ada Apa Dengan Dosa.
Ashraf melakonkan watak sebagai pendakwah terkenal Ustaz Hariz yang dibayangi dosa-dosa silamnya yang pernah berzina dan punyai anak luar nikah.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.