,
Laman Utama

Jasa Terakhir Seorang Ketua, ACP Nik Ezanee Turun Ke Liang Lahad Uruskan Jenazah Anggota

Azwa Rahman
19/02/2021
03:20 MYT
Tindakan seorang ketua yang berkhidmat dan membantu pekerja bawahannya hingga ke hujung nyawa wajar dijadikan contoh.
Begitulah sifat terpuji Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Tuan Nik Ezanee Mohd Faizal yang turun ke dalam liang lahad bagi membantu mengebumikan jenazah anggotanya, Allahyarham Sarjan Mejar Mashadi Hissain yang meninggal dunia.
Difahamkan Allahyarham Mashadi, 53, meninggal pada 16 Februari lalu akibat penyakit buah pinggang yang dihidapinya sejak 19 tahun lalu.
Arwah meninggal dunia di rumahnya di Desa Aman, Pantai Dalam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pantai Dalam.
Menerusi laman sosial Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia, sekeping foto Nik Ezanee lengkap beruniform sedang menguruskan jenazah Allahyarham mendapat pujian ramai wargamaya.
Syukur Alhamdulillah. Tahniah & Terbaik OCPD PJ@Tuan Nik Ezanee. Walaupun pangkat tinggi tapi tetap suka merendah diri. Good job tuan,” puji seorang wargamaya.
Tahniah tuan ACP, akhlak yang sangat terpuji. Semoga suatu masa nanti, moga rezeki anda menjadi Ketua Polis Negara,” doa seorang wargamaya.
Alhamdulillah, contoh ketua yang baik. Demi agama dan ibadah pangkat di bahu ditolak tepi. Moga memberi manfaat kepada pegawai dan anggota PDRM yang lain,” luah seorang wargamaya.
“Perkara seperti ini bukan boleh dibuat-buat, kerana ia perlu datang dari dalam diri seseorang itu. Ramai yang bercakap baik mengenai keperbadian ACP Tuan Nik Ezanee, OCPD Petaling Jaya ini,” kata seorang wargamaya.
Walaupun berjuta harta kita simpan, cuma lubang inilah akan dapat. PDRM perlu bangga dengan pegawai polis ini, contoh yang amat terpuji. Saya juga ingin puji ibubapa kepada ACP ini kerana mendidik anaknya sungguh baik. God bless you always Tuan ACP,” komen seorang wargamaya lagi.
Hujung Januari lalu, keperibadian Nik Ezanee mendapat pujian ramai apabila tampil membantu seorang suri rumah yang serba kesusahan selepas wanita itu ditahan kerana didapati mencuri ubat-ubatan untuk anaknya yang sakit.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Lubang Benam: Hasil Penuh Siasatan Dalam Peringkat Akhir Penelitian

gempak
14/10/2024
12:55 MYT
Hasil penuh siasatan insiden lubang benam di Jalan Masjid India dan laporan penilaian geo teknikal di kawasan sekitarnya kini dalam peringkat akhir penelitian oleh pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Viral

Abang Sado JPJ First Time Masuk Perbarisan Hari Merdeka, Tiada Niat Bersaing - “Kami Nampak Yang Lain Pun Tegap”

gempak
30/08/2024
11:55 MYT
Pasukan Bina Badan Unit Beruniform Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) meluahkan rasa teruja apabila pertama kali menyertai perbarisan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya, esok.
Berita

Mayat Wanita Berulat Ditemui Terapung Dalam Longkang Besar Di Shah Alam

gempak
16/08/2024
23:40 MYT
Satu mayat wanita ditemukan terapung dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, Shah Alam pada Jumaat.
Terkini

Dr Say & Polis Serbu Bilik Maid, Kantoi Dua Lelaki Menyorok Dalam Selimut - “Saya Layan Seperti Manusia, Tapi Layanan Binatang Mereka Beri…”

gempak
31/07/2024
00:50 MYT
Doktor selebriti dan personaliti media sosial, Dr Say meluakan rasa kecewa dengan insiden pembantu rumahnya yang membawa masuk dua lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.
Unitar