gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Bintang Liverpool Diogo Jota Meninggal Dunia Nahas Jalan Raya, Dua Minggu Selepas Berkahwin
HIBURAN
Terdetik Rasa Nak Buka Tudung, Tapi Kilafairy Masih Ingat Allah - "Iman Turun Naik, Biasalah Manusia”
HIBURAN
Along Cham Dakwa Afreena Bersekedudukan Dengan Bekas Suami Kedua, Serah Bukti Rakaman Audio
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

“Jasad Kau Tak Bernyawa Laut Pulangkan” – Noraniza Idris Harap Bertemu Naim Hariri Di Syurga

Asraf Aided
Asraf Aided
27/12/2020
08:03 MYT
Sponsor Banner
“Jasad Kau Tak Bernyawa Laut Pulangkan” – Noraniza Idris Harap Bertemu Naim Hariri Di Syurga
Mayat bakal pengantin lelaki yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan semalam telah ditemui di tepi pantai, Kampung Alur Taman, Marang, Terengganu pagi tadi.
Lebih mengejutkan, mangsa, Naim Hariri Kamaruddin, 31, yang dipercayai lemas itu merupakan anak saudara kepada penyanyi terkenal, Noraniza Idris.
Perkara itu dimaklumkan melalui perkongsian Noraniza di akaun Facebooknya sebentar tadi.
Noraniza berkongsi rasa duka dan redha dengan pemergian Allahyarham.
"Rehatlah Naim, anak syurga Mak Long, lepaskan lelah dunia, kami redha dengan pemergian kau.
"Sesungguhnya ramai saksi dunia ini melihat kebaikan, kesantunan dan budi pekertimu anak. Semoga syurga tempatmu Naim.
"Hari ini walau berat, kami terima hanya jasad kau yang tak bernyawa laut pulangkan. Rehatlah wahai anak syurga Mak Long, moga kita bertemu di syurga Allah kelak," tulisnya.
Difahamkan, mayat Naim ditemui oleh pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai pada pada pukul 8.55 pagi tadi, kira-kira tiga kilometer dari kawasan dilaporkan lemas.
Semoga roh Allahyarham tenang di sana, Al-Fatihah.
Sumber : Berita Harian & Facebook Noraniza Idris Kredit Foto : utusan.com.my & Instagram Noraniza Idris
Topic Berkaitan
#Bakal Pengantin
#Marang
#Mayat
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement