Laman Utama
Jasmin Hamid Harap Raisuddin Hamzah Kuat Hadapi Ujian
Pelakon Jasmin Hamid akui masih berduka dengan pemergian Allahyarhamah Siti Sarah, semalam, abangnya Ahmad Firdaus Raisuddin pula terpaksa ditidurkan di hospital akibat COVID-19.
Justeru, Jasmin dengan penuh keikhlasan berharap agar bapa dua beradik itu, penyanyi Raisuddin Hamzah diberikan kekuatan oleh Allah SWT.
"Kita masih dalam keadaan berduka selepas kehilangan kesayangan ramai arwah Siti Sarah dan sekaran abang arwah, Firdaus Raisuddin pula terpaksa ditidurkan.
"Mohon abang @raisuddin_hamzah diberikan kekuatan di atas dugaan Allah ini, kami sentiasa panjatkan doa agar Allah kurniakan keajaiban di atas dugaanNya," coretnya di Instagram.
Dalam pada itu, Jasmin tidak lupa mengajak orang ramai untuk berdoa buat mereka yang sedang bertarung nyawa ketika ini.
"Teruskan berdoa buat mereka yang bertarung nyawa, jaga kesihatan semua, saya hanya mampu berdoa buat semua dan gunakan platform media sosial saya untuk mohon doa dari kalian untuk mereka yang sedang diuji Allah," akhirinya.
Perkongsian Jasmin itu mendapat perhatian daripada warganet yang rata-ratanya turut bersimpati dan berdoa.
Sementara itu beberapa jam lalu, Shuib berkongsi perkhabaran gembira apabila Ahmad Firdaus telah sedar dan boleh membuka mata setelah ditidurkan semalam.
Pada 11 Ogos, abang arwah dilaporkan menghidap COVID-19 dan menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor.
Ahmad Firdaus dan isteri disahkan positif selepas empat hari keluarga Siti Sarah dijangkit virus berkenaan.
Sebelum ini, Ahmad Firdaus dan isteri sudah menjalani kuarantin kendiri di rumah.
#Siti Sarah
#Meninggal Dunia
#Jasmin Hamid
#Sedar
#Ditidurkan
#Abang Siti Sarah
#Abang Siti Sarah Sedar