Hiburan

Jasmin Hamid Jual Roti Jala Murah Dari Harga Pasaran? Ini Jawapan Empunya Badan..

gempak
Zulaikha Yusof
13/05/2020
01:49 MYT
Sponsor Banner
Jasmin Hamid Jual Roti Jala Murah Dari Harga Pasaran? Ini Jawapan Empunya Badan..
Pelakon Jasmin Hamid memilih untuk menjalankan perniagaan menjual roti jala sejak Februari lalu.
Menurut Jasmin, dia memilih juadah roti jala kerana niat perniagaannya untuk arwah ibunya yang meninggal dunia pada tahun 2016.
"Kenapa saya pilih roti jala sebagai perniagaan? Semuanya kerana arwah mama saya.
"Terima kasih kepada yang dah sokong perniagaan saya dan semoga pahalanya sampai buat kedua arwah ibu bapa saya dan juga ibu bapa yang lain," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon 7 Hari Mencintaiku 2 membuat keputusan untuk menjual roti jala dengan harga murah kerana ingin lebih ramai yang dapat berkongsi rezeki.
"Ramai yang tanya, kenapa saya jual murah dari harga pasaran? Jawapannya supaya lagi ramai yang sokong, moga lagi banyak pahala yang mengalir untuk arwah ibu bapa saya dan ibu bapa yang lain.
"Dan kebanyakan penyokong-penyokong saya beli sebab nak berkongsi rezeki dengan yang lain. Sedekah makanan dapat panjangkan umur kita dan dapat menghapuskan dosa, sebagaimana air itu memadamkan api.
"Bila saya jual dengan harga sedemikian, korang dengan lapang dada dapat beramal tanpa rasa terbeban.
"Hendaknya dengan wabak Covid-19 ini, bila kita banyakkan bersedekah makanan, moga Allah akan cepat hapuskan wabak ini.
"Tambahan di bulan Ramadan ni, Allah akan lipat gandakan pahala pada hambaNya yang melakukan amal kebaikan," tulisnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live