Jasmine Suraya Kongsi Gambar Sepasang Kasut Pengantin, Beri ‘Hint’ Nak Kahwin Dalam Masa Terdekat?
Perkongsian foto terbaharu di laman Instagram milik pelakon Jasmine Suraya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya.
Bagaimanapun, memetik Harian Metro, aktres berusia 33 tahun itu enggan untuk mengulas mengenai hantaran tersebut.
Malah, dia memilih untuk berdiam diri dan meminta orang ramai hanya menunggu pengumuman daripadanya kelak.
“Setakat ini, saya tiada sebarang komen. Cuma tunggu sahaja pengumuman saya di IG,” ujarnya ringkas.
Terdahulu, satu lagi perkongsian pada entri sama, pemilik nama sebenar Jasmine Suraya Chin Xian Mei itu turut memuat naik gambar dengan kapsyen Save the date beserta beberapa tanda pagar #jandj dan #countingdays.
Dalam pada itu, Jasmine turut memilih untuk menutup ruangan balas di Instagramnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.