Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jasmine Suraya Malu Tonton Semula Aksi Ranjang- “Angle Camera Buat Babak Panas Nampak Lagi Daring…”

Fiza Kamarudin
13/01/2022 00:31 MYT
Pelakon Jasmine Suraya mengakui teknik kamera menjadikan lakonan aksi ranjangnya dalam drama bersiri Villa Kristal nampak lebih ‘daring’.

Katanya, ketika penggambaran, tidak ada sentuhan keterlaluan yang berlaku di antara dia dan pelakon Alvin Wong.

Tambah Jasmine lagi, selepas menonton episod pertama drama tersebut, dia berasa malu untuk menyaksikan babak-babak lain.

“Lepas dah tengok tadi, saya rasa malu. Ketika penggambaran tak nampak daring tetapi selepas disunting dan dengan bantuan teknik kamera menyebabkan orang yang menonton nampak macam berlaku adegan seks.

“Yang sebenarnya saya dan Alvin tidak bersentuhan tubuh pun, tetapi camera angle nampak macam kami bersentuhan.

“Jujur saya katakan, saya fikir dua kali sebelum menerima tawaran untuk melakonkan watak Angel.

“Semasa menerima skrip drama ini, pengurusan saya dah maklumkan kepada produksi apa yang boleh dan tak boleh.

“Pengarah, Jason Chong juga tidak memaksa saya, malah selalu memastikan yang saya selesa untuk melakonkan babak-babak panas,” katanya.

Bagaimanapun kata Jasmine, dia berharap agar penonton tidak menyamakan dirinya dengan watak Angel.

“Yang daring tu Angel bukan saya, sifat peribadi kami berbeza. Tetapi Angel pun bukanlah perempuan jahat.

“Mungkin dia agak daring tetapi moral di sebalik watak Angel ini ialah, tak adil kita menilai seseorang menerusi luarannya sahaja,” katanya.

Jasmine ditemui semasa pelancaran drama bersiri Villa Kristal yang diadakan di OpenHouse, KLCC, Kuala Lumpur pada Selasa.

Selain Jasmine, drama arahan Kabir Bhatia dan Jason Chon ini turut dibintangi oleh Mimi Lana, Mawar Rashid, Tiz Zaqyah, Fadlan Hazim dan Nazrief Nazri.
#Jasmine Suraya #Babak Panas #Villa Kristal #Aksi Ranjang
;