HIBURAN
Jason Isaacs Gembira Bekerja Dengan Mike White Dalam The White Lotus Musim Ketiga - “Setiap Watak Lahir Dari Imaginasi Uniknya”
Pelakon, Jason Isaacs akui gembira dapat bekerjasama dengan pengarah dan penulis skrip, Mike White dalam siri The White Lotus musim ketiga.
Jelas Isaacs, setiap watak yang wujud dalam karya White lahir daripada imaginasi kreatif beliau namun tidak mengawal dan memberi ruang kepada pelakon untuk menjiwai dan menyesuaikan watak mengikut perspektif mereka sendiri.
"Dia yang menulisnya dan mencipta semuanya dari awal. Jadi saya tidak pasti sama ada watak-watak itu akan wujud tanpa pemikiran unik Mike White. Dia juga memberi kami banyak pilihan, memberi kepercayaan kepada kami atau memberi kuasa kepada kami untuk membuat keputusan sendiri.
“Dia cukup bijak untuk tahu bahawa pelakon akan memberikan lakonan terbaik apabila mereka memiliki rasa kepunyaan terhadap apa yang mereka lakukan,” kongsi Isaacs.
Dalam pada itu, Isaacs juga berkata bahawa gaya pengarahan White mencipta satu paradoks yang menarik.
Walaupun White mempunyai kawalan penuh terhadap hala tuju cerita, dia tetap menggalakkan unsur anarki, kekacauan, dan improvisasi dalam lakonan.
"Dia menarik kerana dia mengawal segala-galanya, tetapi pada masa yang sama menggalakkan unsur anarki, kekacauan, dan improvisasi,” tambahnya.
Isaacs juga menyatakan bahawa elemen budaya Thailand banyak mempengaruhi naratif yang dibawakan oleh White. Perpaduan antara agama Buddha, spiritualiti, dan pelancongan menjadi latar belakang yang kuat dalam cerita mereka.
Selain Isaacs siri ini turut dibintangi oleh Jennifer Coolidge, Leo Woodall, Sydney Sweeney, Theo James, Aubrey Plaza dan Patrick Schwarzenegger.
Lebih menarik The White Lotus musim ini turut menampilkan bintang Kpop popular, Lisa.
The White Lotus musim ketiga sudah boleh mula di tonton menerusi platform penstriman, Max.