Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jason Momoa, Lisa Bonet Sudah Bercerai…

Izwan Isa
14/01/2022 13:50 MYT
Pelakon filem Aquaman, Jason Momoa, 42, mengumumkan yang dia kini telah berpisah dengan isterinya, Lisa Bonet, 54 menerusi kenyataan yang dikongsikan secara bersama menerusi Instagram masing-masing.

“Kita semua telah merasai tekanan dan perubahan sepanjang waktu transformasi ini. Revolusi sedang berlaku dan keluarga kami tidak terkecuali. Perasaan dan pertumbuhan daripada anjakan seismik kini sedang berlaku.

“Jadi, kami ingin kongsikan berita yang kami telah berpisah,” ujar Jason.

Pasangan itu dilaporkan bertemu di sebuah kelab Jazz pada 2005, sebelum Jason dikenali menerusi watak Khal Drogo yang dijayakannya menerusi siri Game of Thrones.

Begitupun, Jason terlebih dahulu mula meminati Lisa sejak pelakon itu membintangi siri The Cosby Show yang pernah popular sekitar tahun 80an.

“Sejak saya berusia dalam 8 tahun dan nampak dia (Lisa) di TV, saya cakap dengan ibu saya, Mommy, saya nak yang itu,” ujar Jason ketika diwawancara oleh James Corden pada 2017.

Menerusi temubual bersama majalah Porter pada 2018 pula, Lisa berkata: “Ketika itu, cinta datang dan ia datang dalam saiz yang besar. Dia datang saya dan lambung saya ke atas bahunya, seperti orang gua!,” ujar Lisa.

Mereka menimang cahaya mata pertama, Lola pada 2007 dan Nakoa-Wolf setahun kemudian. Difahamkan, Jason dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 2017.

Dalam pada itu, Jason turut membantu Lisa membesarkan isterinya, pelakon Zoe Kravitz, hasil perkahwinan Lisa dengan pelakon Lenny Kravitz.

Lebih istimewa Jason dan Kravitz turut menjadi rapat dan menganggap masing-masing sebagai adik beradik.
#Bercerai #Jason Momoa #Lisa Bonet
;