Jason Momoa Mengenang Pernah Kelaparan & Terbeban Hutang Selepas 'Mati' Di Game of Thrones
Maliah Surip
13/11/2020 01:15 MYT
13/11/2020 01:15 MYT
Aktor Jason Momoa yang cukup terkenal sebagai Aquaman di filem Batman v Superman: Dawn of Justice pada 2016 mengatakan dirinya pernah terbeban hutang dan kelaparan sebelum menerima banyak tawaran berlakon seperti sekarang.
Kata Momoa dalam temubual bersama majalah InStyle, dia mengalami kesempitan hidup setelah karakternya sebagai Khal Drogo dalam serial Game of Thrones 'meninggal dunia' di tahun 2012 silam.
"Saya tidak mempunyai pekerjaan. Kami kelaparan dan mempunyai hutang yang banyak untuk ditanggung.
"Dan keadaan menjadi bertambah sukar apabila dalam masa yang sama saya mempunyai bayi untuk dibesarkan," dedah Momoa dalam temubual tersebut.
Momoa yang mempunyai dua anak bersama pelakon Lisa Bonet bagaimanapun mengatakan nasibnya berubah beberapa tahun selepas itu setelah terbabit di filem Batman v Superman: Dawn of Justice pada 2016 dan menjadi adiwira Aquaman di filem tersebut dua tahun kemudian.
Aktor berusia 41 tahun itu pun mengaku sejak itu, kehidupannya membaik kerana banyak penerbit dan pengarah meyakini kewibawaannya sebagai pelakon.
Salah satunya kini Momoa bakal muncul dengan filem Dune yang dianggap sebagai sebuah kesempatan luar biasa buatnya.
"Saya tak menyangka akan terbabit dalam filem ini apa lagi bila melihat nama Jason Momoa ada bersama nama Josh Brolin dan Javier Bardem! Saya jadi histeria," katanya penuh teruja.
Tak hanya terbabit dalam filem yang merupakan hasil diadaptasi dari novel bertajuk sama karya Frank Herbert, dia juga akan kembali dengan musim kedua di siri Apple TV+, See.
Dan paling penting, kariernya sudah terjamin selamat sehingga empat tahun mendatang apabila jadual kerjanya penuh sehingga tahun 2024.
Kredit Foto: InStyle