Bintang filem Aquaman, Jason Momoa terselamat tanpa sebarang kecederaan parah selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal di California, Amerika Syarikat.

Memetik laporan USA Today, penunggang motosikal terbabit yang dikenali sebagai Vitaliy Avagimway yang menunggang di jalan Old Topanga apabila dia merentas garisan kuning dan memasuki laluan kenderaan yang dinaiki Momoa.

Difahamkan selepas kejadian berlaku, Momoa keluar daripada keretanya bagi membantu mengheret mangsa kemalangan keluar daripada kawasan jalan raya dan menghubungi bantuan.

Avigimyan kemudian dibawa oleh paramedik ke Hospital Northridge bagi kecederaan ringan yang dialaminya.

Aktor berusia 42 tahun itu kekal di tempat kejadian bagi membantu siasatan pihak polis dan tiada sebarang tangkapan dilakukan.

Aktor filem Dune itu dikhabarkan memandu kereta Oldsmobile 1970 di mana dia pernah memandu kenderaan tersebut dalam karya Sweet Girl di Netflix pada tahun 2021.

Sekadar info, Momoa kini kembali menjalani penggambaran Aquaman and The Lost Kingdom yang dijangka akan ditayangkan sekitar Mac 2023.