Salah seorang aktor ternama Hollywood, Jason Statham punya cara tersendiri untuk menunjukkan solidariti terhadap Palestin.

Tidak memilih ‘bising’ di media sosial, aktor yang sangat terkenal dengan pelbagai filem aksi ini dilihat memasang bendera Palestin pada kenderaan mewahnya.

Menerusi video yang beredar di media sosial, Statham dilihat membalut bahagian depan kenderaannya yang berwarna hitam dengan bendera Palestin.

Melihat kepada dukungan yang diberikan, ramai yang mula mencari tahu latar belakang bintang berusia 56 tahun tersebut.

Statham yang mencuri perhatian penonton menerusi trilogi Transporter merupakan lelaki yang dilahirkan di England.

Dia yang juga seorang model memiliki kemahiran bela diri termasuk tinju dan karate.

Sehingga saat ini serangan Israel telah mengorbankan sekitar 6,500 nyawa rakyat Palestin.