Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Jatuh & Bangun Adalah Perkara Biasa ..." - Anak Abam & Hidayah Dah Pandai Berjalan

Zulaikha Yusof 02/09/2020 | 01:26 MYT
Balu arwah Abam, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, berkongsi momen berharga apabila anak lelakinya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sudah pandai berjalan buat pertama kali.
Hidayah melahirkan rasa syukur selepas melihat pencapaian Hamzah yang kini berusia setahun tiga bulan.
"Momen anak kesayangan saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hamzah sudah tahu berjalan.
"Jatuh dan bangun adalah perkara biasa, proses pembelajaran. Teruskan dan anda boleh melakukannya," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Rakaman video yang berdurasi 2:26 saat itu menunjukkan Hamzah sedang berjalan di dalam rumah.
Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar anaknya membesar menjadi seorang anak yang soleh.
"Semoga Tuhan memberkati anda dan membesar menjadi anak yang baik," tulisnya lagi.

Alhamdulillah, thanks to Allah. Hamzah already know how to walk. Falling and getting up is normal, learning process, Keep it up and you can do it. May God bless you and grow up to be a good child. Al-fatihah buat Syed Umar Mokhtar.. Aamin #syeduthmanhamzahaljuffrey #1stwalk #alhamdulillah #kitabaikramaisayang #alfatihaharwahabam

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Hidayah tumpang gembira melihat perkembangan Hamzah.
"@nadia.fitriah: Alhamdulillah, anak soleh dah boleh berjalan.
"@sutera.b: Besar dah duhai anak. Membesar dengan sihat ye sayang. Ramai sayang kamu nak.
"@mama_puspa: Alhamdullah, dah pandai jalan, comel lah Hamzah.
"@mk_tayu: Eh eh ehhhh kemain. Ye dapat kaki. Jenuh laa mama nak ligan pasni," antara komen-komen yang ditulis.
Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun tiga bulan.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.
#Abam #Hidayah #Hamzah
;