Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Jatuh Dari Pentas.. Terkena Renjetan Elektrik.." - Sissy Imann Tetap Pentingkan Kerja

Zulaikha Yusof 25/10/2019 | 07:06 MYT
Sudah jatuh ditimpa tangga!
Sebelum ini penyanyi dan pelakon Sissy Imann dilaporkan telah dikejarkan ke hospital apabila tergelincir dan terjatuh dari pentas ketika membuat persembahan di Pulau Pinang.
BACA: “Ibu Jari Lebam, Biru Dan Bengkak…” -Panik! Sissy Imann Tergelincir Jatuh Pentas, Di Bawa Ambulans Ke Hospital
Semalam, pada ulang tahun kelahirannya yang ke-24, sekali lagi Sissy diduga apabila tangan kanannya terkena renjetan elektrik ketika sedang bersiap untuk menjalani penggambaran iklan.
Menurut abangnya, Erisyal Haqeem, kejadian tersebut berlaku ketika Sissy sedang menyiapkan rambut di kediaman mereka.
"Sissy ada penggambaran iklan di Sepang semalam. Kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang 'curl' rambut namun nasibnya tidak baik apabila 'curler' itu meletup.
"Sissy dikerjakan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) namun dibenarkan pulang selepas empat jam mendapat rawatan," katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah Erisyal, walaupun keadaan Sissy belum pulih sepenuhnya dia sudah kembali bekerja hari ini.
"Sissy dalam keadaan baik namun masih belum pulih sepenuhnya. Namun, Sissy tetap berkeras ingin habiskan kerja, itu yang hari ini dah kembali ke set penggambaran.
"Dia tetap kuatkan diri untuk habiskan kerja yang perlu diselesaikannya," katanya lagi.
BACA: “Tuhan Sedang Menguji Saya” – Sissy Imann Masuk Wad, ‘Sambut’ Hari Lahir Di Hospital
#Penyanyi #Penyanyi #Sissy Imann
;