Siapa yang tidak bangga melihat produk buatan Malaysia gah berada di luar negara. Lebih istimewanya lagi, kereta kebanggaan kita ‘terbang’ sehingga di benua Eropah!

Sebuah kereta berjenama Perodua Myvi mencuri perhatian ramai apabila berada di dalam kotak parkir di Edinburgh, Scotland.

Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi sekeping foto kereta Myvi berwarna hijau itu untuk tatapan umum.

“Hilang rindu kat Malaysia bila lihat ada myvi di Edinburgh, Scotland. Jauh king merantau,” tulisnya menerusi satu ciapan.

Sementara itu di ruangan komen, kereta yang mendapat jolokan ‘king’ itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang ternyata bangga melihat Myvi buatan Malaysia dengan nombor plat luar negara.

Tidak kurang juga ramai yang mengusik kereta tersebut memandangkan Myvi sering menjadi sorotan jika berlaku kemalangan serta insiden yang tidak diingini di Malaysia.

“Pesan kat dia jaga nama di tempat orang..jangan buat perangai,” kata seorang wargamaya.

“Selalu orang malaysia pegi sana, beli kereta and bawak balik. Agaknya ada ke orang UK datang Malaysia beli Proton, bawak balik ke negara diorang?” tanya seorang wargamaya.

“Kaler yang ni memang main theme masa Myvi first version ni.. legend,” komen seorang wargamaya.

“Myvi salah server ni, jalan sana terlalu mulus untuk Myvi. Myvi biasa dalam hutan, tepi tepi longkang,” usik seorang wargamaya.

“Mestilah dah jauh merantau, sebab dia kan King, setakat highway karak, dia nak rasa juga highway negara lain,” ujar seorang wargamaya.

“Ini kire mcm Visenzo malaysia.. Nampak cute baik je parking dalam kotak hakikat gangster,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima lebih 15,000 tanda suka daripada warga Twitter.


Kredit foto: Twitter @FAZHAJAZ

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!