“Jauhkan Ibu Dari Segala Bala Dan Malapetaka”- Ibu Tunaikan Umrah, Kak KM Rindu

Mya Amri
Januari 19, 2019 11:53 MYT
Usahawan produk kecantikan yang juga merupakan anak kepada pelakon Normah Damanhuri, Liyana Rosli mendoakan kesejahteraan ibunya yang berangkat menunaikan umrah hari ini.
Liyana atau lebih popular dengan panggilan Kak KM menyatakan coreten tersebut menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya.
“Ya Allah lindungi ibuku @normahdamanhuri, selamatkan perjalanan pergi dan pulang.
“Jauhi ibuku dari segala bala dan malapetaka ya Allah.
“Semoga mak mendapat umrah yang mabrur. Amin, sayang mak sangat,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mendoakan ibunya sentiasa sihat dan bertenaga ketika menunaikan ibadah di tanah suci.
Foto: Instagram @km_liyanarosli
#Umrah #Normah Damanhuri #Kak KM