Laman Utama

Jaw Dropping Momen! Ini 5 Fakta Menarik Tentang JDT FC Anda Perlu Tahu!

gempak
Hanafis Haris
04/03/2021
06:26 MYT
Sponsor Banner
Jaw Dropping Momen! Ini 5 Fakta Menarik Tentang JDT FC Anda Perlu Tahu!

Sebut saja Johor Darul Ta’zim FC atau JDT, pasti ramai sudah terbayang tentang kehebatan kelab bola sepak ini.Setiap tahun, JDT telah memberi saingan hebat, malah turut menjulang trofi Liga Super buat tujuh kali berturut-turut.

Tapi apa yang menariknya tentang JDT ini hingga menjadi tumpuan dan percakapan ramai? Ini fakta yang anda perlu tahu

#1 Boys of Straits

Boys of Straits (BOS) merupakan sekelompok penyokong hebat JDT yang bernaung dibawah label ultras.

BOS juga boleh dikatakan sebagai khalayak penyokong paling meriah sekali di Malaysia.

Difahamkan, pada awal penubuhan JDT, BOS berjaya mengajak penyokong Johor memberikan sokongan tanpa belah bahagi sehinggalah kepada wisel penamat.

#2 Juara Tanpa Kalah

Sukar untuk dipercayai namun itulah hakikatnya, JDT pernah memenangi Liga Super tanpa sebarang kekalahan pada tahun 2016.

Hal ini sama dengan Arsenal yang pernah membuat perkara sama tetapi selepas itu terus ketandusan EPL hingga ke hari ini.

Kejayaan JDT pada masa itu banyak dibantu oleh pemain-pemain berkaliber terutamanya gandingan serangan Argentina iaitu Juan Martin Lucero dan Jorge Pereyra Diaz.

#3 Pecah Rekod Juara AFC!

JDT telah melakar sejarah baharu bola sepak tanah air selepas muncul pasukan pertama dari Malaysia menjuarai Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada tahun 2015.

Jaringan tunggal perancang tengah dari Argentina, Leandro Velazquez pada minit ke-22 sudah cukup bagi skuad Harimau Selatan menundukkan juara bertahan Liga Tajikistan, Istiklol FC pada aksi final di Stadium Republican Central di Dushanbe, Tajikistan.

Pencapaian itu sekali gus, mengubat kekecewaan mereka yang gagal melepasi saingan peringkat kumpulan dalam penampilan sulung pada 2009, yang ketika itu dikenali sebagai Johor FC.

#4 Pusat Latihan Kelas Dunia!

Pusat Latihan Padang Seri Gelam (juga dipanggil ‘PSG’) milik JDT adalah fasiliti bola sepak terhebat di Malaysia, malah berkelas dunia.

Menerusi Padang Seri Gelam, gimnasiumnya mempunyai peralatan-peralatan yang paling lengkap, malah dikatakan lebih lengkap daripada gimnasium di Institut Sukan Negara (ISN).

Antara peralatan yang mengagumkan adalah anti-gravity treadmill.

Berbeza dengan treadmill biasa, anti-gravity treadmill mampu mengurangkan berat pengguna di atas mesin tersebut. Berlari diatasnya seolah-olah sedang berlari di permukaan bulan yang bergraviti rendah.

#5 Gimnasium Dilengkapi Mesin Infrared Sauna

Jika sauna biasa sauna menggunakan haba atau wap panas untuk membuatkan badan berpeluh, namun sauna inframerah JDT ini menggunakan tenaga elektrik.

Ia mempunyai fungsi tambahan untuk meningkatkan kesihatan vaskular, membantu pernafasan yang lebih baik, meredakan tekanan serta meningkatkan sistem imun.

JDT juga turut menyediakan kapsul terapi oksigen untuk mempersiapkan fizikal para pemainnya di kala jadual perlawanan yang sibuk.

Alat digelar sebafai ‘Airpod’ ini bertindak sebagai mesin terapi fizikal canggih yang membekalkan oksigen tambahan sebanyak 30 hingga 35 peratus kepada tubuh badan pemain menerusi serapan ke dalam plasma darah, organ, tisu badan dan otak.

Hebat bukan?

Tapi sebenarnya banyak yang anda tidak tahu tentang JDT secara menyeluruh dan inilah masanya untuk anda melihat sendiri dokumentari ‘Fearless: Rise of the Johor Southern Tigers’ kini di Astro First Saluran 480 dan On Demand Store!

Anda pasti akan ‘mind blown’ dengan apa yang akan ditayangkan nanti.

Sewa di Astro First (Saluran 480) atau On Demand Store melalui PVR Box atau Ultra Box bersambung Wi-Fi dan aplikasi Astro GO. Untuk maklumat lanjut, sila ke content.astro.com.my.

Sumber : iSpotAsia/ SemuanyaBola
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live