Laman Utama
Jawab Soalan 'Bila Nak Kahwin?' Tapi Cincin Beyblade Vida Pula Jadi Bahan Netizen
Keletah usahawan kosmetik tersohor Datuk Seri Vida sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila videonya berada di perkarangan rumah tular di Twitter.
Menerusi video terbabit, Vida tampil menjawab pertanyaan apabila kerap diajukan tentang perkahwinan.
"Tak payah tanyalah soalan bila nak kahwin, sensitif untuk orang 'bujang' macam saya dan bujang-bujang di luar sana. Makan hati tahu tak?
"Kita yang tak kahwin orang duk tanya bila nak kahwin, bila nak kahwin, bila nak kahwin?
"Kau memang dah ada laki, orang yang tak nak kahwin apa perasaan? Down... Tak payah tanyalah bila nak kahwin, kau jaga kau punya laki sebelum laki kau memandang aku," katanya dalam video berdurasi 1 minit seperti yang tular.
Bagaimanapun, netizen lebih tertumpu pada dua bentuk cincin emas Vida bersaiz luar biasa yang disarung di jari beliau.Weh Beyblade jadi cincin ? pic.twitter.com/ENsStM3kg8— ᴀᴛᴇɴɢ sᴇᴘᴇᴛ ? (@atengsepet) March 4, 2021
Pelbagai komen ditulis netizen malah ada yang menyamakannya dengan kerongsang dan permainan gasing moden, 'beyblade'.
Menjawab kepada Kosmo! kata Vida, cincin terbabit direkanya sendiri dan hanya dirinya yang mempunyai barang kemas tersebut.
"Mana ada brooch (kerongsang)! Itu cincin rekaan saya. Saya seorang sahaja yang pakai kat Malaysia.
"Kalau brooch, mahu koyak baju. Itu cincin rekaan dari kedai saya, Telaga Emas.
"Saya seorang sahaja yang pakai cincin macam ni kat Malaysia. Orang lain tak pakai. Suka hati sayalah nak pakai cincin emas besar-besar," katanya.
Must-Watch Video