Tindakan aktres Son Ye Jin mengemas kini akaun Instagramnya dengan sekeping foto sedang duduk dan bersiar siar dengan haiwan peliharaannya telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

Netizen mendakwa Ye Jin hamil lantaran dia memakai gaun putih yang kononnya digunakan untuk menyembunyikan baby bump.

Spekulasi itu kemudian pantas tersebar sehingga pihak agensi, MSteam Entertainment terpaksa campur tangan.

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan, agensi menafikan isteri aktor Hyun Bin itu tidak hamil.

Tanggapan dan spekulasi yang dibuat netizen adalah salah sama sekali.

“Berita kehamilan yang tersebar itu tidak benar. Jika ada khabar baik dari pasangan ini, kami pasti akan kongsikan,” kata kenyataan itu seperti dilaporkan AllKPop.

Pasangan bintang terkenal itu berkahwin pada April lalu dan baru pulang dari menikmati bulan madu mereka di Amerika Syarikat.

Hyun Bin dan Ye Jin juga dilaporkan telah kembali aktif bekerja selepas selamat menjadi pasangan suami isteri.