Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Jawapan Syed Saddiq Mengenai Tempoh Perkenalan Buat Bella Astillah ‘Blushing’ - “Walaupun Sementara Tapi Rasa Macam…”

Asyikin Mayudin 04/05/2025 | 05:55 MYT
Perkongsian video aktor Aidil Aziz yang juga suami kepada pelakon Fasha Sandha di TikTok yang memperlihatkan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq menarik perhatian.

Tempoh perkenalan

Menerusi perkongsian video itu, Aidil pada mulanya bertanyakan kepada Fasha mengenai tempoh perkenalan isterinya dengan Bella.

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Tak Buat Untuk Bersaing Dengan Sesiapa" - Bella Astillah Lancar Lagu 'Lebih Indah Berpisah', Kolaborasi Dengan Ade Govinda

ARTIKEL BERKAITAN: Jogging Sama-Sama, Netizen Teruja Lihat Syed Saddiq Luang Masa Dengan Ayden - "Bella Tak Ada Pun,YB Tetap..."

ARTIKEL BERKAITAN: Muaz Zabir Anggap Kemesraan Dengan Anak Bella Astillah Tidak Wajar Dibandingkan Dengan Sesiapa - “Saya Memang Suka Budak Kecil…”

Kemudian soalan yang sama ditujukan kepada Saddiq yang menarik perhatian netizen.

“YB dah kenal Bella berapa lama?” soal Aidil kepada Saddiq.

Jawapan Syed Saddiq

Apa yang membuatkan netizen terutama peminat ‘BASS’ apabila jawapan yang diberikan Saddiq dan wajah Bella yang tersenyum tersipu-sipu.

“Walaupun sementara tapi rasa macam selama-lamanya. Selalu dia (Bella) yang buat macam ini,“ kata Saddiq.

Bella yang mendengar jawapan daripada Saddiq terus tersenyum sambil menutup mulutnya seakan-akan malu dengan kenyataan itu.

Rata-rata peminat meluahkan rasa teruja melihat gelagat pasangan yang sememangnya hangat diperkatakan di media sosial.

undefined
#Bella Astillah #Fasha Sandha #Aidil Aziz #Syed Saddiq #Bass