Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Jazmy Juma Jawab Dakwaan Hangat Bercinta Dengan Scha Elinnea - "Kami Memang ..."

Khairil Khusyairi
06/08/2024 09:55 MYT
Pelakon meningkat naik, Jazmy Juma memaklumkan dia dan aktres Scha Elinnea hanya berkawan dan bukan pasangan bercinta seperti yang hangat diperkatakan kini.

Memang Berkawan

Bercakap kepada Gempak, Jazmy atau nama sebenarnya Jazmy Khan Juma Khan,26, berkata dia dan Scha sangat professional dalam bekerja.

“Saya tak menafikan apa-apa, saya hanya jawab kami sangat profesional sebagai pelakon utama.

“Scha cakap biarlah rahsia itu adalah jawapan baik sebab ia professional kerana tidak berkait dengan kerja, nampak dia seorang professional.

“Scha dan saya kami memang berkawan, saya selesa,” katanya ketika ditemui.

Tak Pernah Kenal

Tambah pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu lagi, dia mengenali Scha ketika mula menjalani penggambaran sebuah drama baru-baru ini.

“Kami kenal sejak drama tersebut bermula. Tak pernah kenal sebelum ini.

“Dia seorang yang tahu apa yang dia nak dan dia seorang yang baik.

“Orang nak saya dengan Scha betul-betul ke apa ke, no komen,” ujarnya.

Mengulas mengenai kemesraannya bersama Scha yang dipaparkan di media sosial, Jazmy berkata dia dan Scha hanya menjalankan tugas sebagai pelakon.

Tak Selesa Cinta Lokasi

Malah, Jazmy turut memaklumkan dia tidak selesa sekiranya terpalit dengan cinta lokasi.

“Semua video itu kami sudah berbincang bersama team produksi, maka terjadilah video-video tersebut.

“In real life, tiada apa-apa, kami professional dan hanya menjayakan watak saja.

“Tak okay (cinta lokasi), saya datang set untuk buat kerja sahaja,” jelasnya lagi.

Terdahulu, nama Jazmy dan Scha menjadi sebutan peminat apabila sering berkongsi momen mesra mereka di media sosial.

Malah, ada juga yang berharap mereka menjadi pasangan sebenar dan bukan hanya dalam lakonan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Siap Tolong Betulkan Rambut, Sanjna Suri & Jazmy Juma Didakwa Bercinta? Habis Pasangan Masing-Masing Macam Mana?

#Bercinta #Drama #Scha Elinnea #Pasangan #Jazmy Juma #Cinta Lokasi
;