Jeanelle Nika Mandagie, Uniknya Nama Anak Jovian & Nina Ismail Sabri

Mya Amri
November 9, 2017 04:27 MYT
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie memilih nama Jeanelle Nika Mandagie untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 1 November lalu.
Jovian mendedahkan nama anaknya itu menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.
“Meet our little Princess, Jeanelle Nika Mandagie @princessmandagie,” tulis Jovian ringkas.
Selain itu, Jovian dan isterinya Nina Ismail Sabri juga turut mewujudkan akaun IG anaknya @princessmandagie yang kini memiliki lebih 31,000 pengikut.
Akaun tersebut telah diwujudkan oleh pasangan berkenaan sebelum kelahiran Jeanelle lagi.
Dalam pada itu, Jovian dan Nina juga berkongsi beberapa foto majlis bertahnik menerusi IG Jeanelle.
Foto: Instagram @jmandagie / @ninaismailsabri / @princessmandagie
Teks oleh: Mya Amri
#Anak #Jovian Mandagie #Nina Ismail Sabri