Hiburan

“Jeans Tu Ketat & Blouse Kamu Paras Peha…”- Mira Filzah Terima Teguran Bapa

gempak
Syafiqah Jalal
22/09/2020
05:38 MYT
Sponsor Banner
“Jeans Tu Ketat & Blouse Kamu Paras Peha…”- Mira Filzah Terima Teguran Bapa
Pelakon Mira Filzah mendedahkan bapanya, Badioezaman Abdul Khalik seorang lelaki yang unik kerana merupakan seorang yang tidak banyak bercakap tetapi mempunyai cara tersendiri meluahkan rasa sayang kepada anaknya.
Sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-56, Mira meluahkan ucapan istimewa buat bapanya tercinta.
“Abah merupakan seorang lelaki yang unik. Dia tidak banyak bercakap tetapi dia mempunyaic ara meluahkan rasa cinta dan sayangnya.
“Terima kasih untuk semua kasih dan sayang sejak 2 April 1993. Saya sayang kamu. Kamu tiada galang gantinya.
“Selamat hari jadi ke-56 cinta pertama! Moga Allah sentiasa melindungi kamu, setiap saat, setiap minit, setiap jam sehari,” katanya.
Mira berkongsi ucapan manis itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik fotonya bersama bapa, ibu dan adiknya.
Dalam entri yang sama Mira turut memuat naik paparan skrin menunjukkan perbualannya bersama bapa di aplikasi Whatssapp.
Dalam perbualan itu, bapanya menegur pakaiannya yang dirasakan kurang sesuai untuk khalayak.
“Jeans tu ketat dan blouse kamu paras peha. Kalau baju paras lutut tak nampak teruk sangat.
“Di masa hadapan jika ia akan dipaparkan di media, cuba elak pakai begitu.
“Mungkin kerana dia terlau berkilat dan sekaligus nampak jelas bentuknya,” tegur bapanya.
Pun begitu, Mira terima teguran itu dengan baik dan berjanji untuk lebih berhati-hati dalam berpakaian.
Sekadar info, Mira baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar pada 3 September lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024