HIBURAN
Jeff Bezos Selamat Kahwini Wartawan Dalam Majlis Bernilai RM211 Juta
Pengasas Amazon, Jeff Bezos akhirnya selamat berkahwin dengan Lauren Sanchez pada Jumaat di pulau di San Giorgio Maggiore di Venice, Itali.
Bezos berusia 61 tahun sewaktu berkahwin kali kedua dengan wartawan yang pernah memenangi anugerah Emmy itu. Perkahwinan dengan Bezos juga merupakan perkahwinan kedua wanita berusia 55 tahun tersebut.
Sanches berkongsi foto selepas menjadi isteri individu terkaya dunia 2024 di Instargam selepas selamat disatukan. Keduanya dilihat tersenyum bahagia sambil berpegangan tangan.
Perkahwinan mereka diraikan oleh sekitar 200 tetamu yang terdiri daripada figura terkenal yang dibawa khas dari serata dunia. Mereka termasuklah Oprah Winfrey, Gayle King, Orlando Bloom, Kim Kardashian, Khloé Kardashian, Kris Jenner, Kylie Jenner, Karlie Kloss, Leonardo DiCaprio, Usher dan Tom Brady.
Tetamu terkenal lain yang ikut merayakan perkahwinan mewah Bezos dan Sanchez adalah Queen Rania, Bill Gates dan kekasih, Paula Hurd, lapor People.
Sumber memberitahu pasangan pengantin baharu itu diraikan dengan lagu Can’t Help Falling in Love’ dari Elvis Presley yang dinyanyikan oleh Matteo Bocelli.
Menurut laporan media antarabangsa, Bezos membelanjakan sekitar USD 50 juta atau RM211 juta untuk majlis yang diadakan selama tiga hari di Venice itu.
Must-Watch Video