HIBURAN
Jefri Nichol Penuhi Permintaan Ameera Khan, Elak Berlakon Adegan ‘Panas’ - “Dia Kata Lebih Bagus…”
Pelakon Indonesia, Jefri Nichol mendedahkan bahawa kekasihnya, pempengaruh Ameera Khan tidak merestui sekiranya dia terlibat dengan adegan-adegan dewasa yang ‘daring’ dalam lakonan.
Menerusi Jefri, perkara itu dibincangkan secara terbuka antara mereka berdua memandangkan hubungan cinta yang semakin serius.
Perkara itu dikongsikan Jefri dalam satu temu bual bersama pengacara, Denny Sumargo baru-baru ini.
“Kami ada bercakap tentang ini. Mula-mula macam keliru, tapi saya akan ikutkan apa yang Ameera mahu.
“Ameera kata lebih bagus jangan terlibat dengan adegan-adegan dewasa,” ujarnya.
Tambah pelakon filem Dear Nathan itu lagi, dia bersetuju dengan pandangan Ameera yang merasakan adegan sebegitu boleh menimbulkan ketidakselesaan apabila seseorang itu sudah berpasangan.
“Tak baik kalau kita teruskan (adegan dewasa) kalau kita dah ada kekasih.
“Contoh macam saya dengan pelakon wanita lain di set penggambaran dan buat adegan-adegan dewasa. Ini apa yang saya dan Ameera pernah bincangkan,” katanya lagi.
Must-Watch Video