Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Jejak Jer Kaki Ke Liang Lahad, Hati Saya Berdebar” - Jadi Penggali Kubur, Aweera Bawa Watak Kejam?

Hanafis Haris
21/05/2022 05:57 MYT

Kembali ke dunia lakonan, bintang Gegar Vaganza Lapan (GV8) Aweera bakal membuat kemunculan menerusi drama seram Cangkul yang ditayangkan hari ini.

Membawa watak sebagai penggali kubur, Aweera akui karakter yang dibawa kali ini agak berat dan mencabar.

“Alhamdulillah masih lagi diberi kepercayaan untuk ‘on screen’, dah lama tak berlakon.

“Dalam watak ni saya berlakon sebagai Musa, sahabat rakan baik Imran (Nazim Othman).

“Dia ni agak kejam dan wataknya agak berat. Sebab dia tamak, dia penggali kubur dia tak kira apa saja, janji dapat duit untuk kelangsungan hidup.

“Kiranya dia mastermind juga planning untuk bagi orang mati. Ada orang mati, kira ada duit lebih,” katanya.

Jelas Aweera, biarpun watak dibawa agak mencabar, namun dia amat menghormati pekerjaan sebagai penggali kubur.

“Memang watak ni agak mencabar untuk diri saya. Susah bawa watak penggali kubur, kerja penggali kubur ni kerja mulia.

“Bila sebut pasal kubur orang akan takut, Alhamdulillah cabaran tu saya dapat handle dengan baik.

“Ada satu scene saya dengan Nazim, ada shoot betul- betul dalam liang lahad.

“Once jejak kaki ke liang lahad tu hati berdebar-debar, dalam hati tu terdetik inilah tempat terakhir aku, tempat selama-lamanya, rumah terakhir

“Takut tu memang takut tapi bila fikir balik mati pun nanti seorang.

“Sedikit sebanyak muhasabah diri,” katanya.

Apapun jangan lupa saksikan drama Cangkul pada Sabtu ini (21 Mei) jam 9 malam di Astro Citra atau Strim di Astro Go dan Ultra Box.

Sekadar info, Cangkul mengisahkan tentang Imran, seorang penggali kubur yang memiliki sebatang cangkul yang akan bergerak sebagai tanda berlakunya kematian.

Atas desakan hidup,Imran bersama rakan baiknya Musa merancang untuk mendapatkan lebih banyak tempahan menggali kubur dengan mencipta kematian.


#Cangkul #CitraExclusive #DramaBergandaGanda #SetiapRumahAdaKisah⁠
;