Hiburan

Jelajah Assalamualaikum Bakal Ke Kuantan Bermula 7 & 8 Mac

Muhammad Firdaus
02/03/2024
12:55 MYT
Sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, keluarga Astro akan menyantuni warga pantai timur dengan program jelajah Assalamualaikum Kuantan yang bakal diadakan pada 7 dan 8 Mac.
Program yang diadakan selama 2 hari berturut-turut ini akan diserikan dengan kehadiran personaliti TV dan selebriti.
Hari pertama program pada 7 Mac akan berlangsungnya Tazkirah Istimewa Meraikan Ramadan. Program yang dianjurkan ini turut mendapat sokongan dan kerjasama dari Masjid Sultan Ahmad Shah di mana aktiviti yang diadakan adalah 2 tazkirah istimewa iaitu Tazkirah Subuh bersama Ustaz Dato Hj Badli Shah Bin Hj Alauddin bermula 6.30 pagi dan Tazkirah Maghrib bersama Ustaz Dato Mohd Zawawi Yusoh bermula 7.30 malam.
Program ini juga akan diserikan dengan pengisian Tadabbur al-Quran oleh Ustaz Muhammad Izzan bin Idris al-Hafiz dan Ustaz Syed Mohd Norhisyam serta dimeriahkan dengan sesi Qasidah Ramadan.
Manakala pada hari kedua, program pada 8 Mac pula akan diadakan Astro Ramadan Showcase yang bertempat di Teluk Cempedak.
Program ini akan dimeriahkan dengan sesi temu mesra bersama para selebriti yang akan menghiburkan warga Kuantan bermula 4 petang di mana ia akan dihoskan oleh Issey dan Fizie dari radio kegemaran Malaysia, Gegar dan disokong oleh Radio Zayyan dan Astro Oasis.
Antara artis dan personaliti TV yang akan turun padang adalah Hael Husaini, Mawi, Firdaus Rahmat, Irfan Haris, UNIC, Putera Muhammad serta ramai lagi. Bukan itu sahaja, program ini turut menyediakan sesi Open Mic , Tazkirah Istimewa bersama ustaz Fakhrul, PU Amin dan ustaz Izmir Fareez.
Semua program yang dianjurkan Astro ini bukan sahaja menjemput anda meluangkan masa bersama meraikan Ramadan yang akan datang, malah ia juga merupaka. salah satu inisiatif menghargai pelanggan setia menerusi Astro Rewards.
Para pelanggan boleh menebus ganjaran dan menikmati tawaran hebat menerusi aplikasi My Astro bermula hari ini sehingga 3 Mac. Pelanggan bertuah akan diberikan tiket front row eksklusif dan sesi istimewa bersama artis undangan.
Apa tunggu lagi? Jom raikan kehadiran Ramadan dengan meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati program Astro agar ia dapat meningkatkan iman, memberikan ilmu dan memenuhi inspirasi kehidupan harian kita.
Limpahi keberkatan Iman. Ilmu. Inspirasi yang dibawakan Astro Oasis untuk kita bersama meluangkan masa dan jadikan Masa Anugerah Terindah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mural Penyu Bergasi 20 Meter Tarikan Baharu Pantai Tanjung Pelindung, Usaha Empat Pelukis Berkampung Lima Hari Berbaloi

gempak
24/07/2024
18:55 MYT
Empat pelukis mural 'penyu gergasi' yang seakan terdampar di Pantai Tanjung Pelindung, Kuantan, Pahang tidak menyangka kemunculan haiwan itu menjadi daya tarikan baharu di pantai berkenaan.
Hiburan

14 Karya Astro Tercalon Dalam ContentAsia Awards 2024

gempak
19/07/2024
08:31 MYT
Astro telah berjaya memperoleh 4 pencalonan pada Anugerah ContentAsia pada tahun 2024.
Sukan

Ikuti Perjuangan & Misi Emas Negara Di Olimpik Paris 2024 Di Semua Platfom Astro! Setiap Aksi, Tak Kira Masa Atau Di Mana Jua

gempak
17/07/2024
07:11 MYT
Bagi meraikan kegemilangan atlit negara di pentas dunia, Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD).
goldmovie

#Gold: Jack Tan Kongsi Cheah Liek Hou Rasa Gembira Tonton Filem Gold, Harap Dapat Motivasikan Orang Ramai

gempak
15/07/2024
13:25 MYT
Pelakon watak Cheah Liek Hou, Jack Tan menyatakan bahawa atlet badminton paralimpik tersebut berasa gembira dengan kejayaan watak yang dibawakan.
goldmovie

#Gold: “Banyak Babak Menyentuh Hati” - Pengarah Chiu Dao Anggap Filem Gold Mengharukan & Wajib Ditonton

gempak
13/07/2024
12:05 MYT
Menceritakan tentang pengorbanan dan usaha dalam mengecapi kejayaan, filem Gold berjaya meraih perhatian pengarah yang terkenal dengan karya-karya menyentuh hati, Chiu Dao.