Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
ADVERTORIAL

Jelajah Malaysia Dengan Motosikal Anda! Ini Lokasi Yang Harus Anda Kunjungi Semasa Cuti Sekolah

Asyraf Roslan 24/04/2025 | 05:25 MYT

Menunggang motosikal bukan sekadar cara yang mudah untuk sampai ke destinasi malah ia menjanjikan satu pengalaman yang menarik untuk anda.

Bunyi deruman enjin, angin yang menyapa wajah, dan pemandangan yang terbentang luas menjadikan perjalanan itu sendiri satu kenikmatan.
Jika anda adalah seorang rider baharu yang ingin mencari destinasi menarik untuk diterokai lebih-lebih lagi ketika cuti umum, berikut adalah lokasi yang anda boleh cuba.
Kuala Kubu Baharu
Kuala Kubu Bharu, atau lebih mesra dipanggil KKB, adalah sebuah pekan kecil di Selangor yang semakin popular sebagai destinasi “short escape” bagi mereka yang mencari ketenangan alam semula jadi.
Dikelilingi oleh bukit hijau, sungai yang jernih dan jalan berbukit yang cantik KKB menjadi lokasi kegemaran penunggang motosikal, pencinta alam dan jurufoto.
Antara tarikan utama di sini ialah Air Terjun Sungai Chiling, yang terkenal dengan laluan trekking merentas sungai serta kolam air terjun yang menyegarkan.
Selain itu, kalau anda mahu melihat pemandangan yang sangat dramatik, jangan lupa singgah ke Empangan Sungai Selangor terutamanya waktu pagi ketika kabus menyelimuti air empangan.
Port Dickson
Port Dickson merupakan salah satu destinasi pantai paling popular di Malaysia terutama bagi mereka yang inginkan percutian singkat.
Hanya 93KM dari Kuala Lumpur jadi mudah untuk anda kunjunginya dengan hanya menaiki motosikal anda.
Antara tarikan utama di sini sudah tentulah pantai-pantai indah seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Cahaya Negeri dan Pantai Saujana, yang menjadi lokasi wajib untuk mandi laut, berkelah, atau sekadar bersantai sambil layan angin laut. Aktiviti seperti banana boat, jet ski dan parasailing juga mudah didapati di sepanjang pantai.

Genting Highlands

Genting Highlands sememangnya tidak asing lagi sebagai destinasi percutian tanah tinggi yang meriah dan penuh tarikan.
Terletak hanya sekitar satu jam dari Kuala Lumpur, Genting bukan sahaja popular di kalangan pelancong, malah menjadi lokasi kegemaran riders yang sukakan selekoh mencabar dan udara sejuk sepanjang perjalanan naik ke atas.
Jika anda jenis yang lebih sukakan suasana tenang dan alam semula jadi, Chin Swee Caves Temple wajib dilawati – terletak di lereng bukit dengan pemandangan lembah yang menakjubkan.
Untuk peminat hiburan dan membeli-belah pula, ini memang syurga. Kerana di Resorts World Genting menawarkan pelbagai hiburan seperti SkyWorlds Theme Park, SkyAvenue Mall serta panggung teater dan konsert.

Terengganu

Terengganu sememangnya syurga bagi riders yang sukakan gabungan pemandangan alam semula jadi, jalan coastal yang tenang, dan budaya tradisional Melayu yang masih terpelihara.
Laluan sepanjang pesisir pantainya yang membentang dari Kemaman hingga ke Besut menawarkan antara pemandangan paling cantik di Semenanjung – laut biru di kiri, rumah kampung di kanan, dan suasana kampung yang tenang serta menyegarkan minda.

Antara lokasi paling best untuk riders termasuklah Pantai Penarik, yang bukan saja popular untuk bergambar dengan latar belakang bot nelayan dan pondok kayu tapi juga terkenal dengan sotong celup tepungnya yang garing dan rangup.

Di Kuala Terengganu, anda boleh singgah ke Masjid Kristal, berjalan di Kampung Cina, atau lepak santai di tepi Pantai Batu Buruk sambil layan angin laut.

Pusing-pusing cari makan

Bukan sahaja ke destinasi menarik, malah dengan menaiki motosikal anda juga dapat meneroka tempat makan baharu bersama dengan rakan-rakan anda.
Antara port food hunting yang menjadi pilihan riders antaranya adalah Nasi briyani Wak Gondan, Lemang To'ki, Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat, Kari Kambing 40 Hari, Nasi Dagang atas Tol dan banyak lagi.
Dengan menunggang motosikal anda bukan sahaja dapat menikmati pemandangan sepanjang perjalanan malah anda juga dapat menjimatkan perbelanjaan kenderaan anda.

Kempen #TerusOnz

Bagi anda yang mahu memiliki motosikal baharu, AEON Credit kini menawarkan Pembiayaan Motosikal-i menerusi kempen #TerusOnz.

Anda boleh mendapatkan pra-kelulusan dalam masa hanya 5 minit dengan keputusan kredit segera dan Sekiranya anda bercadang untuk membeli motosikal baharu, AEON Credit menawarkan kadar pembiayaan serendah 7.80% setahun.

Kempen #TerusOnz ini berlangsung sekarang, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk menikmati tawaran hebat ini sebelum 30 April 2025!

Layari laman web AEON Credit atau kunjungi wakil jualan terdekat untuk maklumat lanjut dan permohonan segera.