Pencetus Ummah (PU) Amin mengesahkan rakan serta jemaahnya terserempak dengan usahawan kosmetik, Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang masih berada di Masjidil Haram iaitu tanah suci Makkah.

Menurut saksi memberitahu Sajat dan rakannya masih bertudung dan mengerjakan Saie.

Malah mereka sempat mengambil gambar Sajat yang berada di situ.

Justeru, PU Amin menafikan berita bahawa Sajat dibawa keluar kerana dia masih berada di sana.

Oleh itu, PU Amin meminta terutama muslimah di sana berhati-hati dan menjaga aurat kerana bimbang ia tercemar.

Bagaimanapun sebahagia jemaah di sana sudah membuat laporan polis mengenai kelakuan Sajat itu.



PU Amin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Pun begitu, PU Amin masih berharap agar hati Sajat terbuka dan menerima hidayah daripada-Nya untuk berubah dan kembali kepada Allah.

“Allah aturkan semua yang berlaku dan tidak berlaku atas muka bumi ini . Sebesar mana dosa manusia pasti ada jalan pulang. Allah Maha Pengampun.

“Cuma untuk mendapat pengampunan dari Allah perlu mujahadah yang besar. Saya percaya Kaabah akan buat hati Sajat dan kawan kawan nya lembut dan getar.

“Kita doakan agar Allah hantarkan kasih sayang-Nya. Soal tindakan dan undang-undang, itu akan disempurnakan oleh pihak berkuasa. Kita pula, cukup sekadar doa dan doa. Jangan mencaci. Insya-Allah percayalah, ada lah tu benda baik Allah nak bagi,” tulisnya dalam kapsyen.

Sajat menimbulkan kontroversi terbaharu apabila memuat naik video dan gambar di tanah suci Makkah selepas mengerjakan umrah sambil memakai telekung.

Allah aturkan semua yang berlaku dan tidak berlaku atas muka bumi ini . Sebesar mana dosa manusia pasti ada jalan pulang . Allah Maha Pengampun . Cuma untuk mendapat pengampunan dari Allah perlu mujahadah yang besar . Saya percaya Kaabah akan buat hati sajat dan kawan kawan nya lembut dan getar . Kita doakan agar Allah hantarkan kasih sayang nya . Soal tindakan dan undang undang , itu akan disempurnakan oleh pihak berkuasa . Kita pula , cukup sekadar doa dan doa . Jangan mencaci . Inshaallah percayalah , ada lah tu benda baik Allah nak bagi . ❤️

A post shared by PU Amin (@pencetusummah_amin) on