Viral
Jemput 'Hot Daddy' Ke Podcast, Mufti Pulau Pinang Bersuara - " Mohon Pihak Berkuasa Ambil Tindakan Segera"
Kecoh baru-baru ini apabila sebuah laman web penstriman yang dikenali sebagai Bros Gang TV, memilih untuk menjemput gigolo Malaysia, Hot Daddy Ash sebagai tetamu jemputan dalam sesi bual bicara (podcast).
Susulan itu, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menzahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan tersebut.
Memetik laporan Malaysian Gazettee, katanya, tindakan itu amat mengecewakan dan boleh dianggap sebagai satu cara mempromosikan serta menormalisasikan kegiatan persundalan.Berita Trending: Lelaki Promote Aktiviti Persundalan Di Media Sosial Ditangkap, Polis Turut Rampas Sehelai Cadar!
“Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak,” katanya. Mengulas lanjut Wan Salim berkata, kerajaan sepatutnya memandang serius kepada perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosikan kemungkaran sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat. “Sehubungan itu, kita mohon pihak berkuasa mengambil tindakan segera bagi mendakwa penganjur podcast berkenaan mengikut undang-undang sedia ada. “Semoga ia menjadi pengajaran kepada semua pihak dan sebagai satu langkah mencegah tindakan menormalisasikan maksiat di negara ini,” tambahnya lagi. Terdahulu, tindakan menjemput lelaki itu sebagai tetamu podcast turut mendapat pelbagai reaksi warganet kerana dianggap ia adalah promosi terhadap perlakuan zina. Sumber: Malaysian GazetteMust-Watch Video