Jenaka Altimet Bersama Datuk Seri Najib Razak Buatkan Netizen Terhibur

Elrafaei Sapi
Julai 4, 2018 14:43 MYT
Penyanyi popular, Altimet sememangnya terkenal dengan lagunya yang membawa mesej sindiran pada pendengar sehingga lirik lagunya itu juga dijadikan bahan jenaka dalam satu foto yang memaparkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Merujuk pada satu foto menunjukkan Najib dibawa pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.
Apa yang membuatkan netizen terhibur adalah salah seorang pegawai SPRM itu mempunyai rupa mirip penyanyi itu.
Malah, Alimet yang memuat naik foto itu di akaun Instagramnya turut berseloroh meletakkan lirik lagu Amboi dalam kotak dialog perbualan antara dia dengan Najib.
"Apasal korang kena libatkan aku?! Aku buat sidejob, cari duit tepi sikit yang halal, pun korang kecam. Buat viral. Mambang betol ah korang ni semua," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @altimet
#Altimet #Altimet #Najib Razak