Jenama Dbrand memfailkan saman terhadap pengeluar selongsong telefon bimbit Casetify kerana didakwa mencuri reka bentuk teardown yang digunakan pengusaha tersebut pada pelekat dan sarung untuk produk Apple dan peranti lain.

Dbrand berkata, tuduhan ciplak ke atas Casetify berlaku disebabkan beberapa elemen tersembunyi yang diletakkan oleh mereka ada pada rekaan berkenaan.

Menerusi laman sosial, Casetify berkongsi kenyataan mengenai dakwaan Dbrand ke atas mereka.

“Casetify sentiasa mengutamakan keaslian dan kami berpegang teguh terhadap hal berkenaan. Kami sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan hak cipta terhadap kami.

“Kami juga telah menurunkan rekaan yang diperkatakan daripada semua platform kami. Selain itu, kami sedang menyiasat serangan DDOS yang mengganggu tapak web kami apabila dakwaan berkenaan muncul.

“Semua sistem kembali normal dan maklumat pelanggan selamat. Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda dalam masa yang mencabar ini,” kata mereka.

Sumber: 9to5mac