Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin Dijangka Dikebumikan Selepas Jam 1 Tengah Hari Ini
Awani
09/08/2021 04:42 MYT
09/08/2021 04:42 MYT
Jenazah Allahyarham Siti Sarah Raissuddin akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak selepas jam 1 tengah hari ini.
Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke tanah perkuburan itu pada kira-kira jam 1 tengah hari ini dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia, di sini.
Siti Sarah, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM.
Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; Ariq Matin, 6, dan Ayyash Affan, bayi lelakinya yang dilahirkan Jumaat lalu.