Jenazah Arwah Jay Jay Selamat Dikebumikan, Hattan & Zamani Antara Yang Hadir Beri Penghormatan Terakhir
Gempak
05/08/2024 04:18 MYT
05/08/2024 04:18 MYT
Cuaca redup mengiringi pengebumian jenazah penyanyi terkenal Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus pada pagi Isnin.
Jenazah penyanyi yang sinonim dengan lagu Rindu Bayangan satu ketika dahulu selamat disemadikan kira-kira jam 11.14 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang dekat Subang Jaya.
Jenazah Jay Jay terdahulu disolat jenazah di Masjid Al-Husna Bandar Sunway kira-kira pukul 9.06 pagi.
Selamat dikebumikan
Jenazah penyanyi yang sinonim dengan lagu Rindu Bayangan satu ketika dahulu selamat disemadikan kira-kira jam 11.14 pagi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Tandang dekat Subang Jaya.
Suasana sepi menyelubungi pemergian artis itu dengan kehadiran kira-kira 200 orang termasuk rakan artis antaranya Datuk Hattan, Datuk DJ Dave, Zamani dan ramai lagi.
Jenazah Jay Jay terdahulu disolat jenazah di Masjid Al-Husna Bandar Sunway kira-kira pukul 9.06 pagi.
ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia
ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Dedah Pesanan Terakhir Allahyarham Jay Jay - “Pandai-Pandai Nak Hidup Bawa Diri”
ARTIKEL BARKAITAN:Luah Hasrat Nak Beli Kereta Jenama Antarabangsa, Anak Dedah Jay Jay Tetap Berjuang Di Saat Akhir
ARTIKEL BERKAITAN:Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah
Kesemua anak kepada allahyarham Jay Jay turut kelihatan ketika solat jenazah dilakukan kecuali salah seorang anaknya yang masih berada di Norway.
Allahyarham Jay Jay menghembuskan nafas terakhir di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam Ahad.
Antara lagu nyanyian arwah yang menjadi siulan adalah Angan Tak Sudah, Bayangan Gurauan dan banyak lagi.