Jenazah Ibu Linda Rafar Selamat Dikebumikan

Asraf Aided
Januari 12, 2019 04:59 MYT
Jenazah ibu kepada penyanyi Linda Rafar iatu Allahyarham Rasimah Binti Abd Rahman telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Seksyen 21, Shah Alam sekitar pagi tadi.
Jenazah terlebih dahulu telah dibawa ke Surau Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk disembahyangkan.
Linda terlebih dahulu telah memaklumkan perkara itu menerusi entri di akaun Instagramnya (IG) malam tadi.
Terbaru, Linda telah berkongsi beberapa perkembangan terkini menunjukkan ibunya telah selamat dikebumikan menerusi IG Story.
Ibu Linda telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital malam tadi.
Terdahulu, difahamkan ibu Linda dan Diana dimasukkan ke hospital akibat mengalami jangkitan kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah.
#Linda Rafar