Pelakon Syifa Melvin akui tidak mempunyai masalah menjalankan perniagaan bersama adik-beradiknya.

Syifa memberitahu perkara itu menerusi posting di akaun Instagramnya baru-baru ini.

Menurut Syifa, berbeza pendapat sewaktu memilih produk itu adalah perkara biasa dalam perniagaan.

“Orang selalu cakap elok-elok lah buat perniagaan dengan adik-beradik ni, takut nanti rambang mata dengan duit lepas tu gaduh nanti business terbengkalai.

“Nauzubillahmin zalik. Alhamdulillah lah kami ni lima-lima ekoq memang rapat dari kecil, tak pernah berkira dengan berok-berok ni sebab punca keberkatan dan murah rezeki bila kita tak kedekut dengan darah daging sendiri.

“Mak ayah didik elok-elok dari kecil supaya selalu sayang sesama sendiri dan bersatu. Ibu hari-hari pesan dalam group ‘bersatu lah wahai kekasih-kekasihku’,” tulisnya.

Coret Syifa lagi, hubungan antara mereka adik-beradik sangat rapat selain mempunyai sikap periang.

“Insya-Allah kami rapat ni pun atas didikan berguna ibu ayah. Walaupun kami perempuan habis kuat bergaduh sejak ada kekasih.

“Bila bergaduh pilih color lipmatte, yang sorang ni tak berkenan pilih design kotak ikut taste depa tapi tak ikut taste aku hahahah tapi bergaduh macam tu pun berates-ribu botol lipmatte terjual. Alhamdulillah.

“Walaupun kami ni jenis rempang (bising) tapi kami tak fake dan acah-acah cun. Suka kami dengan cara kami kalau tak suka p dok jauh-jauh bukan hang dok sara aku pun,” coretnya.

Orang selalu cakap elok elok lah buat business dengan adik beradik ni,takot nanti rambang mata dengan duit pastu gaduh nanti business terbengkalai “nauzubillahmin zalik” Alhamdulillah lah kami ni 5 5 ekoq memang rapat dari kecik,tak pernah berkira dengan berok berok ni sebab punca keberkatan dan murah rezeki bila kita tak kedekut dengan darah daging sendiri. . . . .Mak Ayah didik elok2 dari kecik supaya selalu sayang sesama sendiri dan bersatu,.Ibu hari2 pesan dalam group “bersatu lah wahai kekasih kekasihku” In Sha Allah kami rapat ni pun atas didikan berguna ibu ayah,. Walaupun kami perempuan habis kuat bergaduh sejak ada kekasih bila bergaduh pilih color lipmatte yg sorang ni xberkenan,pilih design kotak ikut taste depa tapi xikot taste aku,hahahah tapi begaduh mcm tu pun beratus ribu botol lipmatte terjual.. Alhamdulillah . . . .Walaupun kami ni jenis Rempang(bising)tapi kami tak fake dan acah acah cun...Suka kami dengan cara kami klau tak suka p dok jauh2 bukan hang dok sara aku pun #tiberrrrrr @kekasih_hq

A post shared by SYIFA MELVIN (@syifamelvin) on


Terdahulu, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin merupakan adik kepada pelakon Syatilla Melvin mula dikenali sebagai personaliti media sosial sebelum terjun ke dunia lakonan.