Jenis-Jenis Kaki Ampu Di Tempat Kerja Yang Korang Patut Tahu…Agak-Agak Amu Dalam How Not Lose Your Job Ni Dalam Kategori Mana?
Kaki ampu ditempat kerja kebiasaannya menjadi ‘anak emas’ atau kesayangan boss di tempat kerja dan selalunya golongan ini tidak disukai oleh kakitangan lain.
Situasi begini memang akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang lain kerana boss pula akan bersikap berat sebelah atau ‘favouritism’.
Contohnya macam dalam sitkom komedi terbaru How Not To Lose Your Job, Amu seorang pembancuh teh (tea lady) satu-satunya kakitangan yang terselamat dan tidak diberhentikan kerja.
Apa kelebihan Amu sehingga dia begitu disayangi Boss sanggup mengorbankan pekerja lain? Sudah tentulah yang lain akan menyimpan rasa kurang senangkan?
Adakah benar telahan kawan-kawan sepejabat yang mengatakan Amu ini si kaki Ampu? Tapi dalam kategori yang mana satu?
#1 Kaki Ampu jenis rajin
#2 Kaki ampu jenis malas tapi di mata boss dia nampak rajin
#3 Kaki ampu jenis mengadu domba
Jadi, kalau nak tahu betul atau tidak Amu ni kaki ampu atau 'penyimpan mohor besar' Boss…Kenalah tonton How Not To Lose Your Job pada setiap Isnin, pukul 9.30 malam di Astro Gempak.
Anda juga boleh menonton di laman web Rojak Daily, pada hari yang sama bermula jam 9 malam atau menerusi televisyen di Hello! (saluran 702), 8.15 malam.
Sitkom mencuit hati ini mengisahkan tentang Miss JJ (lakonan Sangeeta) dan rakan-rakannya, A.M Fansuri (Taufiq Izmir Tawaff), Lola (Dee Al Hadi), Hup Hee (Tang Meng Kheng), Julian (Charles Robert), Amu Ratnam (Sukania Venugopal) dan Mimi Haris (Ellyza Azizi) ingin menyelamatkan syarikat supaya mereka tidak kehilangan kerja.