Pelakon Datin Zizie Izette seronok melihat kegembiraan anak angkatnya, Nayla Nurjenna atau mesra dengan panggilan Jenna bertemu dengan saudara kembarnya, Niza.

Zizie akui bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Tuhan kepadanya.

“Ya Allah, happy sangat dapat bawa Niza balik Kuala Lumpur. Jenna & Niza tak lepas-lepas berpimpin tangan.

“Kegembiraan memang terserlah di wajah mereka. Ini pun dinamakan rezeki. Alhamdulillah atas nikmat sementara ni.

”Mommy nak bawak Niza shopping baju kasut semua sepasang dan sedondon macam Jenna.

”I can’t wait to bring her jalan-jalan KL and make them the happiest twins in the whole wide world!” tulisnya.

Zizie berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Zizie memuat naik foto mereka berdua yang berpelukan dan berpimpinan tangan.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan kembar lelaki berusia dua tahun iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette yang kini berusia lima bulan.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Asnira (Jenna) & Asniza (Janna) were their given name by their biological parents. . . But I changed Jenna’s name to Naila Nurjenna when she became one of us. Soon after, mama Janna pun tukar nama dia to Naila Marjenna utk seakan2 nama Jenna. Masa tu mmg nama diaorg masih belum register tu yg boleh main tukar2. Tapi dah terbiasa panggil adik Jenna dgn nama Niza, so tu yang melekat smp ke skrg. . . Ya Allah, happy sgt dapat bawa Niza balik KL. Jenna & Niza x lepas2 berpimpin tangan. Kegembiraan mmg terserlah di wajah mereka. Ini pun dinamakan rezeki. Alhamdulillah diatas nikmat sementara ni. . . Mommy nak bawak Niza shopping baju kasut semua sepasang & sedondon mcm Jenna. I cant wait to bring her jalan2 KL and make them the happiest twins in the whole wide world!!!! ??❤️ #jennajanna #twins

A post shared by Zizie Izette (@zizieizette) on